Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Hantar Pergi Kelas, Liyana Jasmay Dedah Ibu Teman Belajar Selama Di New York

Syafiqah Jalal 07/07/2021 | 12:20 MYT
Pelakon Liyana Jasmay mendedahkan ketika menjalani kursus jangka pendek di New York Filem Academy, Amerika Syarikat pada 2012 ibunya telah menemaninya di sana.
Mengimbau kembali waktu itu, Liyana memberitahu ramai rakannya yang terkejut apabila ibunya sanggup mengikutinya ke sana untuk menyambung pengajian tersebut.
“Ada ke mak kat luar tu macam my mom? She teman me study in New York for 6 months.
“My friends semua terkejut, jarang parents ikut skali duduk dengan you bila you pergi study. Tapi tu mama I. Dia kata dia shadow I masa dulu…
“Maybe sebab its too far, they were so worried of me living alone or maybe I was not capable of being alone,” katanya.
Liyana berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia mengimbas foto di kota tersebut bersama ibunya.
Menurut Liyana, ibunya akan menghantar dia ke kelas dan sanggup menunggu hingga ia tamat pada hari berkenaan.
“Dia siap send me to class lagi kalau class jauh from our house, tak jauh pun just Soho je.
But she will walk with me atau naik cab with me even wait for me sometimes after class,” ceritanya.
Liyana mengikuti pengajian tersebut sebelum mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Fathuddin Mazlan pada 24 Januari 2013. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.
Selain berlakon ,Liyana turut mengembangkan lagi profilnya sebagai selebriti dengan menjadi penerbit televisyen setelah menubuhkan syarikatnya, Mermaid Studios yang mengkhususkan kepada penerbitan rancangan televisyen.​
i usahawanita

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay)

#Liyana Jasmay #Ibu #Belajar #New York #Kelas
;