Laman Utama
“Hantaran 15K Tapi Hutang Sebab Tak Mampu, Saya Tahu Shuib Struggle” – Siti Sarah Dedah Rahsia Perkahwinan
Penyanyi Siti Sarah Raissuddin mendedahkan duit hantaran perkahwinannya bersama suami, pelawak Shuib Sepahtu sebenarnya hasil daripada berhutang.
Bagaimanapun, jangan salah faham kerana pasangan ini hanya berhutang dengan meminjam wang daripada bapa Sarah sendiri iaitu Raissuddin Hamzah.
Menurut Sarah, pada ketika itu keadaan benar-benar tidak mengizinkan dan dia juga memahami situasi Shuib yang baru mahu membina kerjayanya sebagai anak seni.
“Sarah teringat waktu kahwin dengan @shuibsepahtu dulu, hantaran time tu RM15K. Tapi Sarah nak bagi tau satu rahsia, RM15k tu hutang ye.
“Betul tak tipu sebab tak mampu nak bayar waktu tu. Hutang dengan abah Sarah tau. Sarah tahu Shuib struggle, dia bersusah payah nak bina kerjaya tapi apa yang Sarah beli masa tu akhlak dia, kerajinan dia, tanggungjawab dia.
“Dia tak pernah lupa tanggungjawab dengan Sarah, dengan keluarga. Alhamdulillah lepas kahwin tu, rezeki makin banyak. Shuib dapat duit kemenangan Maharaja Lawak dan nak bayar balik duit abah.
“Bila dah ada duit untuk bayar… Abah kata jangan jadi bodoh, simpan duit tu untuk anak nanti,” kongsinya.
Menerusi posting yang sama, Sarah juga turut menasihatkan wanita di luar sana supaya melihat kepada beberapa ciri penting sebelum memikirkan tentang perkahwinan.
“Kita ni sebagai perempuan kena tengok lelaki tu jenis macam mana, baran ke, kedekut ke berkira ke.
“Kalau awal-awal kenal dah ajak kite keluar kalau mak bapak tak kasi, dia ajar kita untuk tipu mak bapak kita, tak mustahil dia akan tipu kita.
“Macam mana dia dengan mak dia, kalau jenis melawan mak memang dia takkan hormat kita sebagai isteri.
“Moga adik-adik yang nak kahwin tu jangan menekan-nekan sangat nak menunjuk kahwin siapa lagi gempak.
“Sebab kehidupan yang sebenarnya adalah selepas kenduri tu, jangan pula ada yang buat loan beria akhirnya tersiksa,” coretnya.
Sarah dan Shuib telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 9, Dzahira Talita Zahra, 6 dan Ariq Matin, 4.
Dalam perkembangan terbaharu, Sarah kini hamil anak keempat.
#Siti Sarah
#Shuib SepahTu
#Perkahwinan
#Hutang
#Bahagia
#Rahsia Perkahwinan
#Siti Sarah Raissduddin