Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hantaran Di Facebook Ibu Hannah Delisha Dengan #IbuTidakRestu, Cetus Tanda Tanya

Fiza Kamarudin
09/03/2021 07:15 MYT
Beberapa hantaran di Facebook (FB) dan Instagram (IG) ibu kepada pelakon Hannah Delisha mencetus tanda tanya pengikutnya dua laman sosial terbabit.

Ibu Hannah, Noor Ashikin Ahmad yang menggunakan nama ‘Kakcik Wujudku’ telah berkongsi puisi Hikayat Antah Berantah #IbuTidakRestu.

Puisi tersebut menceritakan tentang seorang ibu yang mengahwini seorang mualaf yang membesarkan anak perempuannya seorang diri.

Namun apabila dewasa anak perempuan tersebut mula bercintadan sesuatu telah berlaku sehingga si ibu tidak merestui hubungan tersebut.

Noor Ashikin turut menulis, tentang pernikahan yang dilaksanakan secara rahsia dan ditutup dengan laporan daripada pihak media.

“Apabila dewasa; Sang anak bercinta,

“Cinta yang datang dengan al kisahnya.

“Terjadi suatu yang membelenggu,maka itu tiada restu.

“Sang ibu membawa diri;fitnah dan tomah silih berganti.

“Salah siapa bukan inti,salah sendiri menjadi paksi.

“Allah

“Senantiasa menyaksi.

“Pernikahan dilaksanakan dalam rahsia,ditutupi pula dengan media,” tulisnya.

A post shared by Kakcik Wujud Ku (@kakcikwujudku)


Selain hantaran tersebut, ibu Hannah turut memuat naik sebuah lagi video berserta potongan daripada beberapa hadis Nabi SAW berkaitan ibu.

“Kayu jati dibelah dua.
“Laku durjana nisbat asalnya.
“Nikah mempelai tanpa adatnya.
“Restu ibu dipinggir lalu.

1) Dalam Hadis Shahih Bukhari dan Muslim disebutkan:
"Siapakah orang yang paling utama mendapat perlakuan yang baik?"
Nabi menjawab, "Ibumu". "Sesudah itu?" Nabi mengatakan, "Ibumu". "Lalu setelah itu?". Nabi sekali lagi menegaskan, "Ibumu". "Kemudian?". Baru Nabi mengatakan, "ayahmu".

2) Dalam Hadis al-jannatu tahta aqdam al-ummahat, diriwayatkan Ibnu 'Addi dalam al-Kamil, dari jalur Musa bin Muhammad al-Maqdisi dari Ibnu Abbas, Nabi Muhammad SAW pernah berkata-
"Surga itu (berada) di telapak kaki ibu, dari jalur manapun masuk dan dari jalur manapun pula keluar",
antara yang dipetik daripada hantaran Noor Ashikin, dimuatnaik tengahari tadi.

Untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini, Gempak cuba menghubungi Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch menerusi pengurusnya, namun hantaran Whatsapp tidak dijawab.

Hannah telah melangsungkan pernikahan pada 18 Februari lalu dengan pelakon senegaranya, Muhammad Iman Shah Abdul Mutalib di Singapura.

A post shared by Kakcik Wujud Ku (@kakcikwujudku)

#Kahwin #Hannah Delisha #IbuTakRestu
;