Pelakon Zizan Razak mengakui filem Hantu Bonceng 2.0 merupakan antara naskhah istimewa buat dirinya.

Menurut Zizan, tidak hanya sekadar jalan cerita namun momen peminat menghabiskan masa bersama dengan keluarga untuk menonton filem ini sudah cukup membuatkan dirinya berpuas hati.

“Keistimewaan Hantu Bonceng 2.0 bagi saya adalah cerita yang ringan, kelakar dan memang kena dengan keadaan sekarang.

“Kita tidak tahu mungkin ada yang berasa stress dengan keadaan sekarang jadi jadi inilah masanya untuk duduk bersama dengan anak-anak atau keluarga dan bergelak ketawa.

“Dapat memberikan sedikit senyuman buat mereka pun dah cukup untuk saya. Alhamdulillah, banyak komen-komen positif yang saya dapat.

“Ada yang kata mereka gelak sebab terhibur dan tidak kurang juga yang tonton sehingga tiga empat kali. Bagi saya inilah antara perkara-perkara yang membuatkan saya tersenyum.

“Maksdunya apa yang saya cuba tunjukkan dan impikan itu berjaya. Bukan hanya sekadar cerita tetapi momen mereka dengan keluarga itu sampai.

“Dengan keadaan sekarang, ini antara pencapaian yang cukup baik untuk saya, bukan sekadar kutipan tetapi momen bersama keluarga,” jelasnya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Zizan juga menyatakan rasa syukur dengan kutipan Hantu Bonceng 2.0.

BACA: Terima Kasih Toq! Tu Dia, Lima Hari Tayangan Hantu Bonceng 2.0 Dah Raih RM1 Juta

“Sambutan cukup luar biasa walaupun dengan keadaan pandemik seperti Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dan sebagainya.

“Dapat sambutan yang baik itu pada saya satu kesyukuran dan juga satu semangat. Bukan hanya pada saya tetapi pada para pengkarya dalam industri juga.

“Ini bermaksud kita tidak perlu ada rasa mengalah. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pada pihak Astro, produksi, Excellent pictures, Datuk Yusry Abdul Halim dan juga mereka-mereka yang terlibat,” ujarnya.

Jadi yang belum menonton tunggu apa lagi ya? Alang-alang duduk dirumah, why not saksikan Hantu Bonceng 2.0. Gelak ketawa sama bersama keluarga, best tau!

Selain Zizan dan Taiyuddin, Hantu Bonceng 2.0 dibintangi oleh Shiha Zikir, Joey Daud, Atu Zero, Chew Kin Wah, Acong Sweetchild, Sharif Zero, Amir Raja Lawak, Soya, Erryn Abdullah, Rashdan Baba dan pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-29, Sangeeta Krishnasamy.

Saksikan Hantu Bonceng 2.0 di pawagam rumah anda yang sudah pun ditayangkan sejak 11 Februari 2021 lalu, di Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim Hantu Bonceng 2.0 di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.