,
Laman Utama

Hantu Siap Ikut Sama Baca Ayat Al-Quran Depan Muka!- Qodrat Seram…Ini Sebab Kenapa Kena Tonton!

Syafiqah Jalal
24/11/2022
09:36 MYT
Seram dan suspen! Itu yang boleh digambarkan dengan filem terbaharu dari Indonesia Qodrat yang ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia mulai hari ini.
Filem aksi seram keagamaan Indonesia yang diarahkan oleh Charles Gozali itu telah pun berjaya menggegarkan negera sebarang berkenaan sejak 27 Oktober lalu.
Kini giliran Malaysia menyaksikan sebuah naskah hebat yang dibintangi oleh pelakon ternama Indonesia seperti Randy Pangalila, Vino G. Bastian dan Marsha Timothy.
Filem yang dipersembahkan oleh Astro Shaw Sdn. Bhd., Magma Films & Rapi Studios ini mengisahkan tentang seorang Ustaz Qodrat yang berpuluh tahun menggunakan ilmu ruqyah untuk menolong orang namun gagal meruqyah anaknya sendiri, Alif Al-Fatanah yang dirasuki syaitan bernama Assuala.
Mencari jawapan atas kegundahannya, Qodrat pulang ke tempatnya menuntut ilmu. Namun, tempat itu sudah tidak seperti dulu kerana gangguan-gangguan yang tidak dapat dijelaskan.
Ketika situasi semakin tegang, Qodrat harus berhadapan dengan traumanya ketika meruqyah Alif Amri iaitu anak bongsu kepada Yasmin, kerana nama anak tersebut sama dengan arwah anaknya.
Di tengah ujian yang meruntuhkan jiwa, Qodrat kembali menghadapi amukan Assuala. Kali ini, Qodrat harus memilih antara menuruti kemarahannya atau kembali menemukan keimanannya.
Jadi Gempak kongsikan 4 sebab mengapa anda wajib tonton filem paling seram untuk tahun ini iaitu Qodrat:
#1 Psycho Seram
Setiap babak seram itu pasti merasuk kepada fikiran jiwa kerana aksi seram yang ditonjolkan sangat suspen dan semula jadi. Malah ada babak yang dekat dengan cerita-cerita hantu orang Melayu. Antaranya babak paling seram adalah sewaktu Vino yang membawa watak Ustaz Qodrat cuba mengruqyah Yasmin yang sedang dirasuk mahluk jahat Assuala. Sewaktu membaca ayat ruqyah dari al-quran itu, wajahnya betul-betul dekat dengan Qodrat sambil mengikut ayat-ayat al-quran itu dengan tepat.
Selain itu, elemen psycho seram yang jelas adalah apabila Asha sedang dirasuk dan bermimpi dia dengan tidak sengaja telah mengelar tangannya sehingga berlumuran darah.
Babak paling disukai setiap filem seram adalah dalam almari, tonton sendiri, anda pasti tak mahu membuka almari di rumah selepas itu!
#2 Libatkan unsur keagamaan
Filem berdurasi 102 minit ini menggabungkan unsur seram dan agama agar ada pengajaran dan makna yang bakal diperolehi penonton. Kedua-dua elemen ini dipersembahkan dalam plot yang menunjukkan seorang ustaz melakukan kaedah rawatan ke atas anaknya sendiri yang dirasuk syaitan bernama Assuala.
Kaedah rawatan ini dikenali oleh masyarakat Islam dengan istilah ruqyah yang telah banyak diamalkan oleh ustaz di Indonesia dan di Malaysia juga.
#3 Vino Dari Drama Ke Filem Seram
Vino G. Bastian dikenali sebagai pelakon yang sering bermain dalam drama, percintaan, komedi, dan filem keluarga. Tetapi kali ini berbeza di mana Vino berlakon dalam filem bertemakan seram, iaitu filem seram pertama dalam kerjayanya sebagai pelakon. Vino diamanahkan melakonkan watak Qodrat, seorang ustaz yang mahir melakukan kaedah penyembuhan Islam untuk mengusir syaitan.
#4 Pelakon Hebat
Vino dan Marsha adalah pasangan suami isteri yang sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga. Ini adalah naskah terbaharu yang menggandingkan mereka dalam satu filem.
Lakonan pasangan ini sangat professional dan memberi impak. Mereka juga adalah pelakon yang sudah berpengalaman serta memenangi anugerah dalam bidang seni.
Vino telah bermain dalam lebih daripada 40 filem dan dia adalah Pemenang Piala Citra FFI 2008, manakala langkah Marsha dalam industri perfileman bermula pada 2006, dengan filem Ekspedisi Madewa. Sehingga kini, pemenang Piala Citra FFI 2018 telah berlakon dalam 28 buah filem.
Meskipun tidak bergandingan sebagai suami isteri di dalam filem ini namun peranan mereka sebagai watak utama benar-benar memberi impak dalam setiap plot yang dibawakan.
Jadi tunggu apa lagi, sakiskan Qodrat yang kini berada di pawagam mulai hari ini 24 November di seluruh Malaysia!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Sukan

Ini Sebab Mengapa Ronaldo Enggan Cacah Tatu

gempak
25/08/2024
23:55 MYT
Tidak seperti pemain bola sepak lain, Cristiano Ronaldo enggan membuat tatu dan dia mempunyai sebab memegang prinsip berkenaan.
Berita

Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...

gempak
22/08/2024
14:55 MYT
Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.