Pengarah dan penerbit Jinggo meluahkan rasa bimbang apabila isterinya yang juga pelakon, Sheila Rusly mengalami kecederaan kecil ketika penggambaran drama Ratu Ten Pin 2.

Jinggo menerusi perkongsian di Instagram berkata, dia berasa sedih apabila melihat bola boling seberat 13 pound jatuh ke atas muka Sheila sehingga menyebabkan bibir isterinya itu berdarah.

“Hanya Allah je tahu betapa sedihnya i bila tengok bola 13lb jatuh kat muka u, darah kat bibir u i tahu u tahan saki tapi masa ni u bukan @sheilarusly_jspictures tapi u Mem Maria...Mem Maria is UNSTOPPABLE….,” kata Jinggo.

Menerusi video yang dimuat naik Jinggo, ketika kemalangan berlaku Sheila sedang yang memegang bola boling tiba-tiba terjatuh terjatuh daripada kerusi roda.

Difahamkan ketika itu para pelakon sedang menjalani sesi latihan untuk babak masing-masing termasuk yang melibatkan permainan boling menggunakan kerusi roda.

Bagaimanapun menurut Jinggo, Sheila tetap kelihatan bersemangat dan kuat untuk meneruskan penggambaran.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut termasuk rakan-rakan artis mendoakan Sheila diberikan kesembuhan dan kagum dengan semangat pelakon senior tersebut.

“Sis!! @sheilarusly_jspictures Hope takde apa-apa yang serious. Feel better soon Sis! U r a very strong woman I know that, but please take care,” komen penyanyi dan pelakon Farahdhiya.

“Hopefully be fine Mem Maria steady!! #ratutenpin2.”

“Meremang tengok video part wheelchair sis terbalik, but u really UNSTOPPABLE sis, u are Mem Maria! Stay strong!.”

Antara komen ditinggalkan pengikut Jinggo.

A post shared by Tok Sidang Jinggo (@jinggo_jspictures)