Hiburan
"Hanya Allah Tahu Apa Yang Kita Tak Tahu" - Ibu Aliff Aziz Mohon Netizen Tidak Cepat Menghukum Perlakuan Anaknya
Ibu kepada pelakon kontroversi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Sheikh Mohamad tampil memberi respon berhubung penahanan anaknya oleh Pasukan Polis Singapura (SPF), semalam.
Menerusi satu posting di Instagramnya, Siti Hafiza menjelaskan Aliff kini berada dalam keadaan baik.
"Alhamdulillah berkat doa daripada semua, dia kini berada dalam keadaan baik selepas berjumpa Ayden.
"Setiap yang terjadi pasti ada hikmah. Hanya Allah tahu apa yang kita tidak tak tahu," katanya sebagai kapsyen.
Menerusi posting tersebut juga, Siti Hafiza meminta supaya orang ramai tidak menghukum anaknya tanpa usul periksa.
"Moga kita tidak cepat menghukum kesalahan seseorang. Terima kasih atas doa kalian," katanya.
Terdahulu, viral di media sosial memaparkan video seorang pelakon dipercayai Aliff Aziz bergelut dengan anggota SPF.
Pihak SPF kemudian mengesahkan mereka telah menahan Aliff Aziz kerana mengganggu ketenteraman awam dalam keadaan mabuk semalam.
Must-Watch Video