Hanya Bersaksikan 14 Orang, Intan Ladyana Sah Bergelar Isteri Harris Alif
Asraf Aided
05/02/2021 05:01 MYT
05/02/2021 05:01 MYT
Dengan sekali lafaz, pasangan selebriti, Harris Alif, 22, dan Intan Ladyana, 38, selamat diijabkabul sekitar pukul 10.00 pagi tadi di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Majlis yang dijalankan di bawah SOP ketat itu dihadiri oleh 14 orang yang terdiri daripada keluarga terdekat.
Menurut Harris, dia berasa lega dan pada masa yang sama, bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami.
"Saya akui agak gementar ketika mahu mulakan akad nikah, tetapi Alhamdulillah, selepas sekali lafaz, saya berasa lega.
"Pada masa yang sama, saya terus sedar akan tanggungjawab yang perlu dijalankan sebagai suami, dan Insya-Allah sebagai bapa suatu hari nanti," katanya.
Harris berkata demikian dalam sidang media virtual yang diadakan oleh Sony Music Malaysia sebentar tadi.
Dalam pada itu, Intan juga berkongsi rasa syukur kerana dapat juga disatukan walaupun negara masih berhadapan pandemik COVID-19.
Ekoran itu juga, majlis resepsi mereka ditangguhkan ke satu tarikh yang sesuai kelak.
"Alhamdulillah, saya bersukur dapat juga adakan majlis ini walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Sebelum ini kami tidaklah tertekan untuk merancang, cuma agak susah untuk memilih tarikh untuk resepsi, jadi kami tangguh dahulu resepsi ke masa yang lebih sesuai nanti," katanya.
Pada majlis tadi, Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian. Manakala barangan hantaran iaitu sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki tidak dibawa bersama sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Terdahulu, pasangan ini mengumumkan akan berkahwin selepas menyulam cinta sejak Mac tahun lalu.
Menerusi pengumuman itu juga, Harris mendedahkan telah merisik Intan pada Julai 2020.