Laman Utama

Hanya Berseluar Dalam & Bra, Influencer Dilarang Naik Kapal Terbang

gempak
Maliah Surip
19/08/2023
13:50 MYT
Sponsor Banner
Hanya Berseluar Dalam & Bra, Influencer Dilarang Naik Kapal Terbang
Seorang wanita disifatkan telah melampaui batas apabila mengadu dirinya dilarang menaiki kapal terbang kerana memakai busana cosplay (pakaian beragam).
Hal yang membuatkan netizen berasa wanita yang juga seorang influencer dan pereka konten OnlyFans itu melampau adalah pemilihan cosplay yang digayakan hanya sehelai seluar dalam dan bra berwarna hitam!
Maka apabila wanita dengan nama Kine-Chan itu mengadu dirinya dilarang menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Navegantes, Brazil kerana memakai cosplay yang keterlaluan, ramai yang bersetuju dengan tindakan pihak berkuasa.
“Anda boleh sekurangnya memakai gaun pada bahagian atas,” komen seorang pengguna Instagram seperti dilaporkan indy100.com.
Komen itu diberikan selepas influencer berusia 21 tahun tersebut menulis di Instagramnya: “Kejadian yang sangat menyakitkan hati berlaku hujung minggu lalu.
“Saya cuba berlepas dari Lapangan Terbang Navegantes dengan memakai cosplay Rebecca untuk sebuah acara.
“Saya telah lewat jadi hanya memakai penampilan Rebecca. Tapi saya tidak dibenarkan menaiki kapal terbang kerana berpenampilan tidak sesuai.
“Walaupun saya cuba memberi penjelasan, saya disuruh pulang menukar pakaian kerana penampilan saya tidak elok.”
Seorang lagi netizen menulis: “Tindakan mereka untuk tidak membenarkan anda menaiki kapal terbang adalah betul. Anda seharusnya memakai baju!”
Rebecca adalah satu karakter fiksyen yang terdapat dalam animasi Cyberpink: Edgerunners, Kine-Chan donned.
Ia berpenampilan dengan seluar dalam dan bra hitam bersama rambut palsu berwarna biru muda.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live