Hiburan

"Hanya Doa Yang Tak Pernah Putus Buat Anak Soleh Mommy" - Iesya Toh Throwback Waktu Bersalin

gempak
Asraf Aided
19/11/2019
23:30 MYT
Sponsor Banner
"Hanya Doa Yang Tak Pernah Putus Buat Anak Soleh Mommy" - Iesya Toh Throwback Waktu Bersalin
Pengacara Iesya Toh berkongsi foto 'throwback' ketika selepas melahirkan anaknya, Harraz Daiyan.
Perkongsian itu dimuat naik menerusi entri di akaun Instagram miliknya semalam.
Di entri itu, Iesya turut mengambil peluang memberi ucapan ulang tahun kelahiran ketiga anaknya itu.
"19 November 2016.
"Alhamdulillah, Allah sempurnakan hubungan kami suami isteri dengan memiliki Harraz Daiyan.
"Pemimpin yang warak, maksud nama yang merubah penampilan mommy menjadi lebih baik, amin.
"Hanya doa yang tak pernah putus buat anak soleh mommy! Semoga menjadi anak yang beriman, yang berjaya dalam akademi, kerjaya dan apabila berumah tangga, berjaya dunia akhirat, amin," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Iesya mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan buat dia seisi keluarga.
A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live