Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Hanya Doa Yang Tak Pernah Putus Buat Anak Soleh Mommy" - Iesya Toh Throwback Waktu Bersalin

Asraf Aided 19/11/2019 | 23:30 MYT
Pengacara Iesya Toh berkongsi foto 'throwback' ketika selepas melahirkan anaknya, Harraz Daiyan.
Perkongsian itu dimuat naik menerusi entri di akaun Instagram miliknya semalam.
Di entri itu, Iesya turut mengambil peluang memberi ucapan ulang tahun kelahiran ketiga anaknya itu.
"19 November 2016.
"Alhamdulillah, Allah sempurnakan hubungan kami suami isteri dengan memiliki Harraz Daiyan.
"Pemimpin yang warak, maksud nama yang merubah penampilan mommy menjadi lebih baik, amin.
"Hanya doa yang tak pernah putus buat anak soleh mommy! Semoga menjadi anak yang beriman, yang berjaya dalam akademi, kerjaya dan apabila berumah tangga, berjaya dunia akhirat, amin," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Iesya mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan buat dia seisi keluarga.

19 November 2016 . Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah Allah sempurnakan hubungan kami suami isteri dgn memiliki @harraz_daiyan ♥️ . Pemimpin Yang Amat Warak...maksud nama yg merubah penampilan mommy menjadi lebih baik.. aamiin ? . Hanya doa yg tak pernah putus buat anak soleh mommy..! Semoga menjadi anak yg beriman, yg berjaya dlm akademi, yg berjaya dlm kerjaya, yg berjaya dlm berumahtangga, yg berjaya dunia akhirat.. aamiin ??♥️ sihat2 selalu! And SAYANG mommy forever ok?♥️ . Tq so much my fav gynae @drwanelly ! And @hospitalumra .. semuanya baik sgt dgn Sya! InsyaAllah see u in ermmm?? soon laaa! Hehehe! . Happy birthday syg! ? . Semoga semua suami isteri akan memiliki zuriat mereka sendiri aamiin ?? . Ok abi, 28 November birthday mommy pulak...Jgn lupaaaa?

A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh) on

#Iesya Toh
;