Hanya Empat Anggota, BIGBANG Sah Buat Comeback Di Coachella 2020!

Mya Amri
Januari 3, 2020 09:58 MYT
Kumpulan K-Pop terkenal BIGBANG bakal membuat kemunculan semula di Festival Muzik dan Seni Coachella (Coachella 2020) bertempat di California, Amerika Syarikat, April depan.
Berita gembira itu disahkan Taeyang menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
“BIGBANG 2020 @coachella,” tulisnya ringkas.
Pengumuman itu sekaligus menamatkan penantian peminat seluruh dunia yang amat merindui BIGBANG.
Persembahan pada festival tahunan itu menjadikan kemunculan pertama BIGBANG dengan empat orang anggota selepas Seungri mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.
BACA: “Karier Saya Berakhir Di Sini…”- Mahu Selamatkan BIGBANG, Seungri Umum Bersara Dari Industri
BIGBANG yang dianggotai oleh G-Dragon, T.O.P, Taeyang dan Daesung itu dijadualkan membuat persembahan pada 10 dan 17 April depan.
Terdahulu, BIGBANG sebelum ini berehat seketika apabila anggotanya menyertai latihan khidmat tentera sejak 2017.
#Bigbang #Artis Korea