Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Hanya Gambar Biasa, Faye Kusairi Tidak Sindir Sesiapa

Ahmad Shah 18/06/2016 | 07:24 MYT

Pelakon Faye Kusairi menjelaskan kapsyen yang dimuatnaik bersama satu foto di akaun Instagramnya baru-baru ini tidak bertujuan untuk menyindir mana-mana pihak.

Menurut Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 29, kapsyen tersebut hanyalah bertujuan untuk mengenang kembali saat sukar ketika dia dituduh menjadi punca keretakan rumah tangga pelakon dan penyanyi Elly Mazlein.
“Gambar itu tidak membawa sebarang maksud langsung, saya hanya muatnaik foto tersebut sebab teringat kembali perasaan saya bila kontroversi tu tercetus.
“Waktu itu saya terpaksa buat muka seolah-olah tiada apa yang berlaku sedangkan dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.
“Ditambah pula pada waktu itu hari pertama teater saya berlangsung, bila dapat tahu berita tu memang saya terkejut dan tertekan.
“Disebabkan komitmen pada kerja, saya terpaksa teruskan juga walaupun hati saya tak tenteram.
“Ayat luahan hati itu hanyalah sekadar peringatan kepada diri sendiri, maklumlah saya dulu seorang penulis blog jadi banyak bermain dengan ayat untuk ekpresikan perasaan.
“Iyalah kadang-kadang kita nak juga luahkan apa yang kita rasa pada waktu-waktu tertentu kan?,” jelasnya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Koleksi Benang Hijau bertempat di Flora Terrace Hampshire Place, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Terdahulu Faye telah memuatnaik satu fotonya yang membelakangkan kamera dalam versi hitam putih beserta kapsyen yang didakwa seakan-akan menyindir Elly Mazlein.
“Janganlah kamu berlagak diatas muka bumi ini seakan-akan segalanya adalah milik kamu. Perbuatan jahat, segala fitnah yang dilontarkan dari mulut kamu itu haruslah kamu sadar ianya dilaknat Allah. Semoga hati hitam kamu itu mampu dilunturkan perlahan-lahan. Sudah-sudahlah ya.” tulisnya.

#Faye Kusairi
;