HIBURAN
Hanya Gara-Gara Balas ‘Noted’ Dekat Dr. Rafidah, Azfar Heri Dihencap Netizen
Pempengaruh, Azfar Heri menerima kecaman netizen susulan kenyataan balasnya terhadap hantaran yang dibuat oleh Dr. Rafidah Abdullah mengenai kepentingan pengambilan air kosong ketika berbuka puasa.
Dalam satu hantaran di laman X, Dr. Rafidah menyatakan bahawa dia berbuka dengan air kosong yang dapat menghilangkan haus serta mengelakkan risiko penyakit seperti kencing manis.
“Saya berbuka air kosong. Alhamdulillah hilang juga hausnya, tiada risiko kencing manis,” kata Rafidah.
Azfar kemudiannya membalas ringkas dengan perkataan “Noted”, yang membawa maksud mengambil maklum.
Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ramai yang menganggap balasan tersebut bersifat sindiran dan tidak perlu, sehingga menimbulkan kemarahan sesetengah pihak.
“Sebab perangai kekwat kau tu takde sapa akan sangka baik, orang akan anggap kau tulis dalam keadaan sarcastic sebab tu orang nak maki kau.
“Weirdly uncouth from you. We understand how much you look up to KA and his recipes but kidney issues skyrocket due to lack of water(not sugary drinks, no, I mean plain water, not ice cubes) in human bodies during these Ramadan months. Dr Rafidah is doing her part too.
“Nanti jangan nangis time kaki kena potong, bila dah kena makan ubat, and kena cucuk insulin bagai,” kata netizen.
Namun, ada juga segelintir pihak yang mempertahankan Azfar dan beranggapan bahawa kenyataan ringkasnya itu tidak sepatutnya dijadikan isu besar.
“Baru first day puasa, azfar heri dah kena marah dengan netizen sebab noted je.
“Reply noted je pun asal nk kecam azpar ? korang yg tak puas hati kenapa ek
“Hampa semua ni tak rilek laaa, dia tulis noted jaaa. Bukannya dia berkelai ka apa dgn doc.
“Aku tak kenan pun si azfar ni tapi brader tu reply noted je mat. benda yang triggered sangat korang ni? dah tu opinion dia biar je la,” ujar netizen.
Terdahulu, Dr. Faridah meninggalkan komen keatas video perkongsian menu berbuka yang dibuat oleh pempengaruh, Khairul Aming.