Pelakon Mira Filzah berkongsi video tutorial menggayakan hijab seperti watak Putri di dalam drama Sweet Dreams.

Menerusi laman sosial Instagram, Mira menunjukkan cara-cara pemakaian hijab yang kelihatan sangat mudah.

Dengan menggunakan tudung empat segi, mira melipat tudung menjadi segi tiga dan menggunakan pin di bahagian belakang.

Ikat lebihan tudung di bahagian belakang menggunakan getah dan anda akan dapat gaya Putri yang diinginkan!

“Putri’s hijab tutorial!” tulis Mira sebagai kapsyen.

#DramaSweetDreams

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on


Menerusi watak Putri, gaya pemakaian dan hijab Mira mendapat pujian ramai dan menjadi ikutan.

Tinjauan Gempak ke ruangan komen, ramai yang memuji cara Mira mengikat tudung yang kelihatan mudah namun hasilnya cukup bergaya.

“Patutla kemas sangat yang kat belakang tu rupanya ikat guna getah,” komen seroang netizen.

“Mira pakai nampak elok, tapi sampai kat aku nampak macam makcik jual nasi lemak dah,” ujar netizen sambil berjenaka.

“Cantiknya eh! Tak pernah tak cantiklah Mira ni,” puji seorang netizen lagi.

Malah, ramai yang cair dengan gaya penutup video tutorial Mira yang berkata ‘dah siap’ apabila selesai menggayakan tudungnya.

Video tutorial hijab tersebut sehingga kini telah mencecah lebih satu juta tontonan setelah Mira memuat naik pada 1 September lalu.

Aksi Putri dan Qash lakonan Mira bersama Ben Amir bakal menuju ke pengakirannya!

Diarahkan oleh Michael Ang, drama ini diinspirasikan dari novel popular berjudul sama karya penulis Acik Lana.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Sweet Dreams setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Gunakan hashtag #dramaSweetDreams untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.