"Hanya Ini Saja Kami Mampu Lakukan" - Hargai Jasa Frontliner, Penginapan Glamping Ini Tawar Diskaun Sehingga...
Jika ditanya siapakah golongan yang patut rakyat Malaysia raikan ketika ini, pastilah individu berkerja di barisan hadapan yang selama ini menentang penularan COVID-19.
Tanpa mereka, pasti Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sukar dicapai.
Sebagai menghargai jasa mereka, beberapa pusat peranginan dan penginapan dilihat menawarkan diskaun khusus untuk frontliner.
Antara yang giat memberi kemudahan ini adalah Gopeng Glamping Park yang terletak di Gopeng, Perak.
Menerusi posting di Facebook rasmi mereka, kemudahan ini bertujuan untuk menghargai jasa semua frontliners yang telah bekorban untuk memulihkan Malaysia.
"Kami disini menawarkan satu promosi paling rugi kami pernah buat. Sebanyak 50% peratus diskaun, hanya ini yang mampu kami lakukan sebagai tanda penghargaan kami kepada semua frontliners yang banyak berjasa," kata pengendali akaun tersebut.
Jelasnya, buat rakyat Malaysia yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga ditawarkan sebanyak 20 peratus diskaun.
"Tidak lupa juga pada anda semua rakyat Malaysia yang patuh pada pkp kami juga menawarkan 20% off untuk anda semua," katanya.
Menerusi ruang komen, rata-rata memuji usaha berkenaan.
Kebanyakan mengharapkan supaya lebih ramai lagi pusat penginapan memberikan diskaun terhadap frontliner.
Inilah masanya untuk mereka berehat dan meluangkan masa untuk keluarga.