Laman Utama

“Hanya Jumpa 3 Kali Sebelum…”- Raja Ilya Dedah Bercinta Selepas Kahwin

gempak
Syafiqah Jalal
05/03/2021
03:34 MYT
Sponsor Banner
“Hanya Jumpa 3 Kali Sebelum…”- Raja Ilya Dedah Bercinta Selepas Kahwin
Pelakon Raja Ilya mendedahkan dia dan suami Trent Garret hanya berjumpa tiga kali sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga.
Kata Raja Ilya mereka lebih mengenali antara satu sama lain selepas berkahwin.
“Bersyukur saya bersaama dengan suami yang penyanyang.
“Saya jumpa Trent tiga kali sahaaja sebelum kami ambil keputusan untuk berkahwin dan kami lebih mengenali antara satu sama lain selepas mendirikan rumah tangga.
“So tradisional kan? Sama macam my dad datang risik bila my mum tengah kerja, so my grandma rushing surprise jemput my mum dari kilang and balik rumah terus kena lamar,” katanya.
Ilya berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Ilya memuat naik rakan videonya di dapur bersama suami.
Ilya memberitahu dia bersyukur kerana Trent seorang yang menyokong apa sahaja yang terbaik buat dirinya, asalkan dia bahagia.
“Alhamdulillah Trent bayak support and bring out the best in me. He wants me to be happy, jaga penampilan.Perempuan kalau ada inisiatif untuk cantik dan dapat body shape yang lawa, lebih confident dengan diri sendiri.. kurangla sentap dengan husband.. kurang drama suami isteri tu,” kongsinya.
Tambah Ilya lagi, suami lebih sayang jika pandai jaga penampilan dan bentuk badan yang langsing.
Raja Ilya dan Trent Garrett berkahwin di kediaman saudara ahli perniagaan itu di Perth Australia dalam majlis tertutup dan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak pada 23 Disember 2018.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024