,
Hiburan

“Hanya Kawan, Hal-Hal Berkaitan Dia Pun Saya Kurang Tahu” – Komen Raline Shah Bila Dikaitkan Dengan Seungri

Mya Amri
11/04/2019
09:18 MYT
Pelakon Indonesia, Raline Shah hubungannya dengan anggota kumpulan BIGBANG, Seungri hanyalah sekadar rakan sahaja.
Menurut Raline, kehadirannya pada majlis ulang tahun Seungri beberapa tahun lalu juga atas dasar kawan dan tidak lebih daripada itu.
“Tidak ada apa-apa antara saya dan dia, saya hadir kerana itu merupakan majlis hari jadinya. Kawan-kawan yang lain dan keluarganya juga turut ada di sana.
“Kerjaya saya ini sememangnya tidak terlepas dengan gosip. Bagaimanapun gosip seperti itu sangat merugikan saya.
“Saya menyesal jika teman baik saya atau orang saya kenal nampak adalah seorang yang sangat negatif,” katanya seperti yang dilapor jawapos.
Tambah Raline lagi, dia tidak terlibat mahu pun memiliki sebarang urusan perniagaan dengan Seungri.
“Persahabatan saya dengan dia hanyalah biasa sahaja, lebih dari itu, yang berkaitan dengan perniagaan atau hal-hal melibatkan dirinya saya kurang tahu.
“Jadi disebabkan perkara itu juga saya tidak boleh memberikan sebarang komen,” jelasnya.
Dalam pada itu, Raline juga berharap supaya tidak dikaitkan lagi dengan kontroversi atau pun skandal yang melibatkan figura popular itu.
“Pada akhirnya, kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Secara jujurnya kita juga tidak tahu hal-hal lain yang mereka lakukan ketika diluar persahabatan.
“Jadi saya tidak ingin sekali dikaitkan dengan masalah ini. Sekali lagi saya ingin sampaikan, saya percaya dengan keadilan.
“Kontroversi ini sangat besar dan melibatkan banyak selebriti, bukan saya sahaja malah selebriti di luar negara juga.
“Saya menyokong segala proses undang-undang. Saya faham dia kini sedang disiasat dan pada pendapat saya, selagi proses siasatan sedang dijalankan, kita seharusnya percaya dengan undang-undang yang telah ditetapkan,” tegasnya.
Terdahulu, disebabkan Raline dan Seungri merupakan sahabat baik, nama aktres itu juga turut terpalit selepas foto bersama Seungri ketika sambutan ulang tahun penyanyi itu tular di laman sosial.
Dalam perkembangan terbaru, polis kini sedang menyiasat majlis ulang tahun Seungri yang diadakan di Palawan, Filipina pada tahun 2017.
BACA: Terpalit Kontroversi Pelacuran, YG Entertainment Putuskan Kontrak Eksklusif Dengan Seungri
BACA: Sebar Rakaman Video Seks, Seungri Akhirnya Mengaku Bersalah
Sumber: Jawapos, Allkpop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Didakwa Pernah Kahwini Bilionaire, Ini Respons Raline Shah - “Ini Merupakan Pernikahan…”

gempak
11/10/2024
01:55 MYT
Raline atau nama sebenarnya Raline Rahmat Shah,39 membuat kenyataan tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram dengan memberi ucapan tahniah kepada Brian diatas perkahwinannya.
Hiburan

Kecoh! Raline Shah Didakwa Pernah Berkahwin Dengan Bilionair Amerika Syarikat?

gempak
10/10/2024
07:55 MYT
Pelakon terkenal Indonesia, Raline Shah menjadi topik perbualan netizen selepas muncul dakwaan dimana dia pernah melangsungkan perkahwinan bersama  CEO Coinbase, Brian Armstrong.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
BorakSeeni