Hanya Kerana Kuih Keria, Aril Sanggup Beratur Dua Jam
Ahmad Shah
08/09/2016 06:15 MYT
08/09/2016 06:15 MYT
Hos CCTV Aril terpaksa beratur selama dua jam semata-mata untuk mendapatkan kuih keria paling popular di Melaka.
Menurut Aril atau nama sebenarnya Khairul Azam Pilus gerai Kuih Keria Gula Melaka Antarabangsa yang terletak di sebelah Masjid Lembongan Melaka itu sentiasa menjadi tumpuan ramai.
"Kuih keria itu memang sangat terkenal sehingga menjadi bualan di laman sosial.
"Bayangkan barisan pelanggan yang beratur untuk beli kuih keria tersebut sangat panjang sehingga ke masjid berhampiran.
"Tetapi disebabkan tidak puas makan semasa penggambaran, saya sanggup beratur selama dua jam keesokan harinya!
"Apa-apapun saya puas hati kerana akhirnya dapat juga melepasi situasi mencabar itu, hanya kerana sejenis kuih," seloroh Aril kepada Suudu.
Aril yang ditemui media di Majlis Pelancaran Taste Selebriti Restoran Rebung Kuala Lumpur turut berkongsi pengalamannya mencuba beberapa jenis makanan popular di Melaka seperti Asam Pedas dan Mee Bodoh.
"Semua orang tahu Melaka sangat terkenal dengan Asam Pedas tetapi Mee Bodoh tidak semua orang tahu," katanya yang terlibat dengan program terbaru terbitan Astro, Taste Selebriti.
Tambah Aril Taste Selebriti merupakan sebuah program terbaik untuk penonton mengetahui tentang makanan popular di sesebuah negeri dan tempat.
“Bagi saya Taste Selebriti adalah platform terbaik untuk saya memberi komen tentang juadah yang telah saya cuba, contohnya seperti Kuih Keria Gula Melaka Antarabangsa dan Mee Bodoh.
“Tapi kalau nak tahu apa itu Mee Bodoh kenalah tonton Taste Selebriti dan selepas itu bolehlah pergi cuba sendiri," katanya.
Taste Selebriti, sebuah program berkonsepkan ‘food-travelogue’ yang menampilkan 13 selebriti popular tanah air pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berkongsi makanan tradisi negeri mereka.
Selain Aril, selebriti lain yang turut serta ialah Mawi, Fattah Amin, Marsha, Hafiz Suip, Sari Yanti, Ayu Raudhah, Kamal Adli dan Neelofa.Taste Selebriti akan mula ditayangkan pada 26 September ini jam 9 malam secara ekslusif di Astro Bella (133) & Mustika HD (134).

Muat naik Suudu App di App Store dan Google Play untuk mendapatkan resepi terkini untuk hidangan pagi, petang & malam.
Anda juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan masakan di dalam Suudu Instagram/ suuduasia serta Suudu Facebook/OfficialSuudu.