UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
HIBURAN

Hanya Khabar Angin, Redza Rosli Nafi Isteri Sedang Hamil - “Itu Semua Berita Palsu”

Umirah Halim 19/02/2025 | 07:25 MYT

Pelakon Redza Rosli menafikan dakwaan bahawa isterinya, Bella Hana kini sedang berbadan dua.

Berita palsu

Menurut Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli,33, berita yang bertebaran itu adalah palsu.

“Itu semua berita palsu. Memang saya ada nampak berita ini tersebar tapi tidak benar. Saya hanya mampu mengaminkan doa mereka dan kami nak zuriat.

“Saya akan kongsikan kalau betul isteri sedang hamil. Cukuplah perkahwinan saya dirahsiakan sebelum ini, tahu-tahu dapat kad jemputan saja.

“Bagi saya apabila sudah sampai waktu yang tepat untuk dikongsi, saya akan beritahu kepada umum,” katanya ketika ditemui pada sesi bersama media di lokasi penggambaran drama bersiri Dendam Seorang Madu di Shah Alam.

BERITA BERKAITAN: Redza Rosli Tetap Pendirian Tak Kongsi Hal Peribadi Di Media Sosial, Syukur Peminat Sentiasa Memahami - “Mereka Bijak & Profesional”

BERITA BERKAITAN: Redza Rosli & Hannah Delisha Kembali Bersinar Dalam Dendam Seorang Madu

Sementara itu, Redza juga memberitahu dia dan isteri juga tidak pernah ada perancangan untuk mempunyai anak buat masa ini.

Sebaliknya, menyerahkan rezeki untuk mendapatkan zuriat kepada Allah.

“Apa yang saya nampak keserasian antara saya dan isteri adalah masing-masing suka buat perkara yang spontan.

“Contohnya kalau kami nak pergi bercuti, kami tak suka nak merancang.

“Begitu juga dalam soal rezeki anak, kalau sudah ada rezeki Allah nak bagi saya tidak akan menolak. Terima saja apa rezeki yang baik,” katanya.

Untuk rekod, Redza selamat bernikah dengan wanita pilihannya yang juga pelakon Bella pada 21 Jun tahun lalu.

#Hamil #Isteri #Rosli #Redza