Hanya Mengambil Masa Dua Hari, BLACKPINK Berjaya Kalahkan Rekod PSY & Ariana Grande
Rozaimi Zubaidi
08/04/2019 05:02 MYT
08/04/2019 05:02 MYT
Video terbaharu kumpulan sensasi K-pop dari Korea, BLACKPINK berjaya memecahkan rekod dengan mendapat 100 juta tontonan dalam tempoh hanya dua hari.
Menurut laporan Astro Awani, muzik video " Kill This Love" BLACKPINK berjaya memintas rekod yang dihasilkan oleh seorang lagi penghibur dari Korea, PSY menerusi lagu "Gentleman".
Bukan itu sahaja, BLACKPINK juga berjaya memintas rekod penyanyi pop Amerika, Ariana Grande menerusi lagu "Thank You, Next" yang mendapat 100 juta tontonan dalam masa tiga hari.
Sejak muzik video itu dilancarkan di saluran YouTube, video tersebut menjadi nombor satu trending.
Sementara itu, BLACKPINK juga turut melancarkan album mini yang menggunakan judul yang sama.
Selain Kill This Love, ia turut mengandungi tiga buah lagu baharu iaitu Don'T Know What To Do, Kick It Dan Hope Not.
Menerusi album tersebut juga, blackpink muncul dengan lagu hits mereka "DDU DU DDU DU" versi remix.
Sumber: Astro Awani