gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Luluh Hati! Sembilan Anak Doktor Korban Baharu Di Gaza
VIRAL
Komen Lucah Terhadap Anak Dr Amalina, Pemungut Sawit Didenda RM3,000!
HIBURAN
Fahrin Ahmad Kongsi Berita Sedih Kehilangan Ayah Tercinta - “Hati Terlalu Rapuh”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Hanya Sekali Lafaz, Mas Khan & Anatasha Sah Suami Isteri

gempak
Umirah Halim
25/05/2025
05:35 MYT
Sponsor Banner
Hanya Sekali Lafaz, Mas Khan & Anatasha Sah Suami Isteri
Pelakon Mas Khan akhirnya melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya apabila selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hati, Anatasha Diana, dalam majlis akad nikah yang berlangsung pada Ahad.
Berita gembira itu turut dikongsi sendiri oleh Mas Khan menerusi beberapa hantaran semula di Instagram Story, hasil perkongsian para tetamu yang hadir memeriahkan hari bahagianya.
Mas Khan, atau nama penuhnya Mas Hidzhie Khan Mas Fadzillah Khan, 31, melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz, dan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,497 kepada isterinya.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan, dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara serta rakan-rakan terdekat sahaja.
Anatasha yang difahamkan bekerja sebagai seorang pramugari kelihatan anggun di sisi suaminya, manakala Mas Khan pula tampil segak dan berseri-seri di hari bersejarah tersebut.
Pasangan itu memilih untuk tampil sedondon dalam busana pengantin berona merah jambu, mencuri perhatian para tetamu dengan penampilan yang elegan dan manis.
Gempak mengucapkan selamat pengantin baru kepada Mas Khan dan Anatasha. Semoga cinta yang dibina terus utuh hingga ke Jannah!
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Nikah
#MAS
#Sah
#Khan
Must-Watch Video