Pelakon Korea Ji Sung akui rindu untuk meluangkan masa bersama anak perempuannya.

Menurut Ji Sung disebabkan jadual kerjanya yang terlalu padat menyebabkan dia kurang menghabiskan masa dengan anaknya.

Ji Sung meluahkan isi hatinya itu menerusi akaun Instagram (IG)nya baru-baru ini.

Entri tersebut turut disertakan dengan foto merakamkan aktor itu sedang memeluk anaknya yang sedang nyenyak tidur dipangkuannya.

“Sejak kebelakangan ini saya tidak sempat untuk meluangkan masa bersama anak perempuan saya. Saya sering habis lewat malam dan kemudiannya saya harus bekerja lagi pada waktu yang sama.

“Saya hanya sempat bertemunya ketika dia sedang nyenyak tidur. Sabarlah, tidak lama sahaja lagi. Jika saya tunggu beberapa hari sahaja lagi, harinya akan tiba juga kan? Saya tak sabar mahu luangkan masa bersama anak saya!” tulisnya.

Terdahulu, Ji Sung berkahwin dengan pelakon Lee Bo Young pada tahun 2013 dan dikurniakan seorang puteri, Ji Yoo pada tahun 2015.

Bagaimanapun pasangan ini kini sedang menanti kehadiran cahaya mata kedua mereka tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Ji Sung muncul dengan drama terbaru bertajuk ‘Familiar Wife’ yang dibintangi oleh Han Ji Min, Jang Seung Jo, dan Kang Han Na.

Foto: Instagram @justin_jisung