,
Berita

Hanya Seorang Daripada 26 Anak CEO GISBH Bukan Pengikut

Gempak
21/09/2024
11:25 MYT
Hanya seorang daripada 26 anak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang telah ditahan menerusi perkahwinan dengan empat isteri tidak menjadi pengikut.

Kerja rela hati tanpa dibayar gaji

Difahamkan anak tersebut memilih untuk bekerja sendiri manakala selebihnya mereka dikatakan menjadi tenaga kerja dan pengikut GISBH.

Kesemua mereka itu bekerja secara sukarela tanda kesetiaan kepada syarikat tanpa diberi gaji khusus walaupun terpaksa berulang-alik ke luar negara.

Bagaimanapun, mereka memaklumkan walaupun tidak diberi gaji namun segala keperluan dipenuhi.

Seorang anak sahaja bukan pengikut

Bagi seorang anak yang tidak menyertai GISBH, hubungan mereka masih terjalin erat namun jarang berjumpa disebabkan tidak terbabit dengan syarikat sama.
Sebelum itu, pada Sabtu Polis Kelantan melakukan serbuan di kediaman keluarga CEO GISBH menerusi Op Global di Kampung Panji.
Operasi bermula jam 6.30 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi itu membabitkan lebih 30 individu termasuk warga emas, kanak-kanak dan bayi diperiksa sebelum dibawa menaiki van polis untuk dihantar ke pusat saringan.
Turut sama dalam operasi berkenaan adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheik).
Operasi terbabit turut merampas pelbagai jenis buku dengan ada yang ditanam di tepi sungai berdekatan kediaman terbabit bagi mengelak dirampas atau dikesan pihak berkuasa.
Sementara itu, tinjauan di lokasi serbuan mendapati, daripada tiga rumah, dua kediaman didiami 17 hingga 19 individu dengan pasangan bermadu tinggal bersama.
Mereka turut memaklumkan untuk menampung kehidupan seharian, mereka terpaksa membuat kuih dan meletakkan di kedai-kedai makan.
Sekiranya duit tidak mencukupi hasil jualan terbabit, barulah mereka meminta bantuan daripada suami untuk memberi keperluan dapur.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

CEO GISB, Isteri Antara 19 Individu Ditahan - KPN

gempak
19/09/2024
08:04 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya adalah antara 19 individu yang ditahan dalam serbuan serentak di empat kediaman di Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pagi Khamis.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Ahli GISBH Mengaku Tidak Bersalah, Mohon Ikat Jamin Ringan Kerana Baru Timang Anak Ke-10

gempak
18/09/2024
03:43 MYT
Seorang ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu atas tuduhan mengugut seorang wanita untuk menarik balik laporan polis terhadap syarikat itu awal bulan ini.
Viral

Lakonan Haram Kerana Ada Unsur Intim, Boleh Runtuhkan Institusi Keluarga - Mufti Tegur Isu Tular Ibu Anak Berlakon Jadi Suami Isteri

gempak
17/09/2024
05:50 MYT
Sebarang bentuk lakonan yang mempunyai unsur intim adalah haram dan berupaya mendatangkan kemudaratan selain menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara ini.
Berita

Diisytihar Musuh Selepas Keluar GISB, Bekas Jemaah Cerita Perit Hidup Tiga Tahun Dipisah Anak Isteri - "Fikiran Didoktrin, Mereka Ditempatkan Di Negara ..."

gempak
16/09/2024
04:25 MYT
Kisah syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang didakwa memanipulasi penghuni rumah amal mereka ternyata masih memberi kesan mendalam buat seorang bekas pengikut kumpulan berkenaan.