Seorang wanita dari Seattle, Amerika Syarikat mendedahkan yang dia mampu meraih pendapatan bermula AS$20,000 (RM91,000) hingga AS$49,720 (RM226,418) sebulan hanya dengan menayangkan bulu ketiaknya.

Cherry berkata, dia menyedari bulu ketiak yang panjang mampu menjana pendapatan selepas menerima permintaan daripada pelanggan akaun OnlyFans miliknya untuk tidak bercukur.

“Saya kehilangan kerja dan memerlukan cara untuk menyimpan duit dan menyedari bahawa ramai yang fetish terhadap ‘bulu’. Saya juga menerima permintaan daripada pelanggan akaun - ada yang pelik, seperti mengelus bulu ketiak saya.

“Ada juga yang meminta saya merakam daripada pelbagai arah, atau meminta saya berkongsi perkembangan terhadap bulu-bulu saya,” katanya kepada DailyStar.

Dia menambah, rambutnya juga tumbuh dengan begitu pantas, dan dia tidak pernah memotongnya.

Dalam pada itu, Cherry juga mengakui menyesal kerana tidak tahu mengenai perkara ini lebih awal dan berpendapat mencukur adalah satu hal yang sangat membebankan.

Cherry selalunya mencukur ketika dan bulu kaki beberapa kali seminggu. Namun, dia berhenti melakukan rutin berkenaan untuk peminatnya.

Antara hal positif lain, Cherry kini mempunyai teman lelaki dan mengakui pasangannya itu menerima dirinya apa adanya.

Setakat ini, Cherry memiliki sekitar 104,000 pengikut di TikTok dan 1,000 pelanggan di OnlyFans.

Sumber: DailyStar

BACA: Lambang Cinta, Tyas Mirasih Cium Ketiak Tengku Tezi​

BACA: Apa Nak Kecoh, Rachel McAdams Selamba Tayang Bulu Ketiak: “Ini Badan Saya”​