Anggota kumpulan K-Pop terkenal, BLACKPINK Jisoo menjadi perhatian peminat selepas membuat penampilan istimewa menerusi drama bersiri Arthdal Chronicles.

Menariknya, penampilan Jisoo pada episod ketujuh itu hanyalah selama 11 saat namun penyanyi cantik itu telah menjadi trending di seluruh dunia.

Babak tersebut menampilkan Jisoo sedang tersenyum ketika menerima gelang yang diberikan sebelum dipeluk.

Dengan menggunakan hashtag #JisooOnArthdalChronicles di Twitter, pelbagai komen positif dan lucu diberikan oleh peminatnya.


Rata-ratanya menyuarakan rasa teruja dan tidak puas menonton lakonan Jisoo selain berharap diberi peluang berlakon untuk drama seterusnya.