HIBURAN
Hanya Terserempak, Zarina Anjoulie Perjelas Isu Tular ‘Hot Daddy’ - “Tiada Langsung Video Porno Seperti Yang Korang Kata”
Pelakon, Zarina Anjoulie tampil memberi penjelasan berkenaan isu tular di media sosial yang mendakwa dirinya terlibat dalam penjualan video berunsur lucah bersama individu dikenali sebagai Daddy Ash semasa berada di Bali, Indonesia baru-baru ini.
Menurut Anju, kunjungannya ke Bali hanyalah atas urusan kerja untuk mempromosikan produk kecantikan Sylvia Secret, yang sebelum ini dikenali sebagai Vessa Serum.
Dakwaan tidak berasas
Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju menerusi satu kenyataan dimuat naik di akaun Instagram miliknya menafikan tuduhan itu yang dilabelkan sebagai tidak berasas.Menurut Anju, kunjungannya ke Bali hanyalah atas urusan kerja untuk mempromosikan produk kecantikan Sylvia Secret, yang sebelum ini dikenali sebagai Vessa Serum.