Hiburan

"Hanya Tonton Televisyen Pada Hujung Minggu" - Hanis Zalikha Dedah Cara Didik Anak

gempak
Zulaikha Yusof
15/09/2020
02:59 MYT
Sponsor Banner
"Hanya Tonton Televisyen Pada Hujung Minggu" - Hanis Zalikha Dedah Cara Didik Anak
Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik dan membentuk cahaya mata mereka.
Begitu juga dengan pelakon dan usahawan Hanis Zalikha, 30, yang menetapkan anak-anaknya hanya dibenarkan untuk menonton televisyen pada hujung minggu.
"Budak-budak ni dapat tengok televisyen hari Sabtu dan Ahad. Pukul 6 petang kena tutup televisyen, dah faham sendiri," kongsinya di Instagram Stories.
Jelas isteri kepada aktor Hairul Azreen, anak kecil tidak mudah berasa bosan jika dibandingkan dengan orang dewasa.
"Ramai tanya tak bosan ke kalau anak-anak tak tengok televisyen?
"Sebenarnya anak-anak kecil ni hebat, imaginasi sangat tinggi. Diorang bukan macam kita dah tepu dan cepat bosan.
"Kanak-kanak mampu kreatif dalam suasana yang paling kosong dengan barang yang terhad," kongsinya lagi.
Sebelum ini, Hanis mendedahkan dia tidak memberi anaknya gajet di usia yang awal.
Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live