Pelakon Awal Ashaari akur tidak dapat menyambut ulang tahun kelahiran bapa kesayanganya, Hj Ashaari Hj Ahmad disebabkan kes COVID-19 yang semakin meningkat.

Awal menerusi hantaran terbaru di akaun Instagramnya mencoretnya ucapan hari jadi khas buat bapanya.

Menurut Awal, walaupun tidak dapat bertemu namun dia sentiasa mendoakan kesihatannya selain berharap kes COVID-19 akan semakin berkurangan.

Happy 82nd Birthday Abah! This year hari jadi yang paling sayu, anak cucu tak dapat berkumpul, makan makan macam celebrate birthday atuk macam selalu.

“Tapi kami tetap doakan abah dipanjangkan umur, untuk bersama sama go through this challenging time, so that we can be together macam dulu-dulu.

“Walaupun Abah dah ada complete vaksin, tapi abah tetap kena kurung kat rumah sebab negara kita belum menang bah…

We love you abah. Abah kata dia sangat happy dapat semangkuk durian cake this year. Abah saya hantu durian.

“Kalau ada rezeki, umur panjang, tahun depan kita celebrate kat dusun durian okay abah? We love you Hj Ashaari Bin Hj Ahmad,” coretnya.

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya juga turut mendoakan kesejahteraan bapa Awal.

“Comelnya abah... Teringat arwah bapa, pakcik moga panjang umur,” komen @uzieskudai.

“Semoga diberikan kesihatan… Amin... Saya jadi sebak tengok, comelnya,” tulis @anntasya_ann.

“Comel... Tapi tengok lama-lama, boleh buat rasa nak nangis. Huhu sebak… Happy birthday uncle,” coret @ashasha87.