Laman Utama
"Happy Anniversary & Happy Birthday!" - Noh Salleh Titip Ucapan Buat Hari Istimewa Mizz Nina
Penyanyi Noh Salleh mendedikasikan ucapan buat isteri tercinta, Mizz Nina yang meraikan ulang tahun perkahwinan sekaligus hari lahirnya hari ini.
Vokalis kumpulan Hujan itu berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
"Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan dan selamat hari lahir yang ke-27," selorohnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Noh meningalkan ucapan hari lahir buat Mizz Nina dan ulang tahun perkahwinan untuk mereka berdua.
Terdahulu, pasangan kesukaan ramai ini mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011.
Mizz Nina pula dilahirkan pada 1 Julai 1980 dimana usianya sekarang telah memasuki 40 tahun.
Dahulunya pernah bergelar penyanyi, Mizz Nina kini lebih dikenali sebagai selebriti dakwah dan ikon kemanusiaan.