Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Happy Birthday Cinta Hati Ayah” - Aeril Zafrel & Wawa Zainal Pakai Baju Tidur Sambut Hari Jadi Anak Bongsu

Azwa Rahman
02/12/2020 03:31 MYT
Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal meraikan ulang tahun pertama anak bongsu mereka, Ayya Soffya pada Selasa.

Menerusi laman sosial Instagram, Aeril berkongsi foto istimewa sambutan hari jadi secara sederhana itu untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah hari ini genap setahun @ayyasoffya. Happy birthday cinta hati ayah. Jom wish kat dia, nanti bila besar dia boleh baca,” tulis Aeril di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu lagi, sambutan hari jadi Ayya itu diraikan di rumah dengan anak-beranak hanya memakai baju tidur.

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)


Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya yang teruja melihat Ayya kini berusia satu tahun.

“Ya Allah rasa macam baru semalam jumpa Wawa tengah pregnantkan Ayya Soffya. Dah setahun dah dia, happy birthday girl,” ujar pelakon Ramona Zamzam.

“Happy birthday Ayya, semoga jadi anak soleh dan musleh,” tulis pelakon Sari Yanti.

“Yeke bang dah besar dia baca hmmm. Comel anak abang harap dia jodoh saya 20 tahun nanti aaa,” usik seorang wargamaya.

“Selain dari pasangan Hairul dan Hanis, aku suka tengok Aeril dan Wawa ni. Suka tengok cara diorang bahagiakan isteri diorang. Memang nampak murah rezeki diorang. Anak-anak pun comel pintar semuanya,” puji seorang wargamaya.

“Alhamdulillah dah setahun dah Ayya. Semoga membesar jadi anak yang solehah,” kata seorang wargamaya.

“Sekarang kecik lagi. Happy birthday Ayya. Nanti dah besar reply okay hahaha,” komen seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Aeril, 32, dan Wawa, 28, mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 5, serta Aya Soffya yang lahir pada 1 Disember 2019.

#Aeril Zafrel #Wawa Zainal #Anak Selebriti #Ayya Soffya
;