Hiburan

"Happy Birthday!" - Misha Omar Ucap Hari Jadi Buat Datuk Sheila Majid, Aishah Dan Datin Alyah Dengan Cara Tersendiri

gempak
Badrul Hashim
04/01/2021
12:00 MYT
Sponsor Banner
"Happy Birthday!" - Misha Omar Ucap Hari Jadi Buat Datuk Sheila Majid, Aishah Dan Datin Alyah Dengan Cara Tersendiri
Penyanyi yang mempunyai suara yang sungguh merdu, Misha Omar mempunyai caranya yang tersendiri untuk menzahirkan ucapan selamat hari jadi kepada penyanyi-penyanyi hebat tanah air.
Melalui IGTV di Instagram miliknya, Misha berkongsi cerita tentang penyanyi Datuk Sheila Majid, Aishah dan Datin Alyah yang menyambut hari lahir pada bulan Januari.
Lebih istimewa, Misha yang mesra dipanggil Kak Mitch di ruang sosial media turut menyanyikan lagu-lagu mereka.
"Happy Birthday Dato' Sheila Majid @missmajid. Antara penyanyi yang kak mitch starstruck cemana tah tiap kali jumpa. Sama ada kak mitch akan jadi extra peramah atau malu-malu kucen sebab menahan getaran di jiwa tiap kali ada kesempatan bertemu.
"I love her, bila beliau berbicara banyak ayat yang sedap di dengar di telinga dan melekat jadi azimat di hati. Happy birthday, Dato' Sheila Majid. Semoga Allah pelihara usia dan kesihatannya utk terus berbakti untuk industri seni negara," tulis Misha.
Seterusnya Misha turut menyanyikan lagu penyanyi legenda tanah air, Aishah, Kemaafan Maaf Yang Terindah tanda ucapan terima kasih kepada Aishah.
"Happy birthday kak @aishahjmm. Tak pernah berani menyanyikan lagu kak Aishah di khalayak. Sebab tau lagu-lagunya terlalu besar untuk suara saya yang kecil and saya maluuuu. U guys tak tau apa kak mitch rasa buh video ni kat sini? kalaulah terjun lombong tu tak bahaya kakak dah buat sejurus saja video ni kakak upload..hahahaha!
"Always starstruck jua jumpa lagenda yang satu ini. Saya masih ingat tips kak Aishah berikan dulu-dulu di awal-awal menyanyi. Beliau nampak saya struggle and nervous sangat. So She came and said, 'Misha cuba awak relaks sikit and cuba kalau dah takut tu jangan dongak ke atas nanti nyanyi tambah stress nanti'.
"Sampai sekarang saya ingat peramah orangnya. Baik hati. Selalu bagi nasihat and share pasal kehidupan. Thank you Kak Aishah and happy birthday. ! love you. Terima kasih cikgu @shaffiq.erwin, assist kakak utk lagu ni. Nak cover lagu kat instagram pun tanya cikgu," tulis Misha panjang lebar.
Tidak lupa juga ucapan Misha buat Datin Alyah yang bukan sahaja merupakan seorang penyanyi yang disegani, tetapi juga isteri kepada 'sifu' Misha Omar dalam industri, Datuk Ramli MS.
"Happy Birthday Datin @alyah81. Selamat harijadi. Maaf lambat sikit ucapan kita untuk awak. May u have a great celebration with your loved ones. Semoga awak dan kita terus cekal, kuat, tabah dan gagah mengharungi diari anak seni untuk 2021.
"Selama ini awak ampuh berdiri kita sedikit sebanyak terinspirasi hanya ada satu Alyah. Happy Birthday," tulis Misha Omar sambil menyanyikan lagu Sesal Separuh Nyawa nyanyian Alyah.
Penyanyi yang sering terhindar daripada gosip-gosip ini sememangnya menjadikan media sosial miliknya untuk berkongsi nyanyian-nyanyian merdunya.
Sehingga kini Misha Omar sudah mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram miliknya itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live