Pelakon Nazim Othman meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-36 pada tarikh 16 September semalam.

Menerusi laman sosial Instagram, Nazim berkongsi dua keping foto bersama kek hari jadinya untuk tatapan umum.

“It’s my birthday alhamdulillah. Bersyukur atas rezeki kesihatan, rezeki dikelilingi hati yang baik, rezeki ada keluarga dan nafas yang masih dihela.

“Terima kasih atas segala doa yang baik. Semoga kebaikan itu akan berbalik pada kalian. Saya sentiasa 21 tahun,” tulis Nazim pada ruangan kapsyen.

It’s my birthday. Alhamdulillah. ? Bersyukur atas rezeki kesihatan , rezeki dikelilingi hati yang baik, rezeki ada keluarga & nafas yang masih dihela.. Terima kasih atas segala doa yang baik. Semoga kebaikan itu akan berbalik kepada kalian. ( I’m forever 21 ) ? ( ? - @marcusosmandofficial )

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on


Tambah istimewa apabila sambutan kali ini turut diraikan bersama tiga dramatis popular, Shiela Rusly, Sharifah Shahora dan Maria Tunku Sabri dalam sebuah parti yang bertemakan baju tidur di sebuah hotel terkemuka negara.

Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan pengikutnya memberikan ucapan hari lahir kepada pemilik nama sebenar Nushrul Alif Othman ini.

“Selamat ulang tahun, semoga Allah sentiasa memberikan taufik, rahmat, berkat pelindungan, keselamatan, rezeki, hidayah serta redhanya,” komen pelawak Saiful Apek.

“Selamat ulang tahun abang saya dari lain mak lain bapak,” ujar pelakon Faezah Elai.

“Jap aku pun bulan 9 tapi kenapa selalu aku yang terpinggir?” usik pelakon Ozlynn Wati.

“Cute gila gambar, selamat ulang tahun bro,” puji seorang wargamaya.

“Happy birthday Oppa, I love you,” tulis seorang wargamaya lagi.

Foto tersebut sehingga kini telah menerima hampir 67,000 tanda suka daripada warga Instagram.