Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HOLLYWOOD

"Happy Birthday Queen!" - Rihanna Sambut Ulang Tahun Ke-32

Azwa Rahman 21/02/2020 | 11:04 MYT
Penyanyi popular Hollywood, Rihanna menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-32 hari ini.
Menerusi pemerhatian Gempak, akaun Instagram pelantun lagu Umbrella ini dihujani ucapan istimewa dari ribuan peminat.
Namun begitu, setakat ini Rihanna masih belum berkongsi apa-apa mengenai sambutan hari istimewanya itu.
Kali ini, Rihanna menyambut ulang tahun kelahiran tanpa teman lelaki memandangkan dia baru berpisah dengan jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel baru-baru ini.
Difahamkan, perpisahan itu berlaku selepas tiga tahun mereka menyulam cinta.
Sedikit info mengenai Rihanna, penyanyi kelahiran Barbados ini mulai aktif di industri hiburan Hollywood pada sekitar tahun 2003 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#Hollywood #Hollywood #Rihanna