Happy Birthday Siti Nordiana... Jom, Semak 9 Lagu Best Nana Pilihan Gempak!

Kamaruddin Razal
November 21, 2018 23:59 MYT
Tanggal 22 November merupakan tarikh istimewa bagi juara program realiti Gegar Vaganza musim kedua (GV2), Siti Nordiana Alias.
Menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-33, penyanyi yang mesra disapa dengan nama Nana ini memulakan kerjayanya dalam bidang seni seawal usia 15 tahun pada 1999.
Turut dikenali dengan rangkaian lagu duet bersama vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Achik, Nana juga pernah berganding bahu menghasilkan album duet irama tradisional bersama rakan penyanyi, Syura.
Pernah melalui fasa populariti diawal pembabitannya dalam bidang hiburan, nama Nana seakan sunyi selepas dia berpisah dengan bekas suami, Allahyarham Faizal Yusup.
Tahun 2015 menyaksikan kebangkitan Nana dalam bidang nyanyian selepas dia berjaya menjuarai GV2. Terkenal dengan jolokan penyanyi 'Leman', Nana menggunakan kelebihan yang ada dan mengekalkan tahap popularitinya sehingga kini.
Nana juga mengembangkan bakat sebagai pengacara dalam program realiti Gema Gegar Vaganza serta gandingan Nana bersama pelakon Alif Satar dalam drama bersiri Dia Semanis Honey menjadi sebutan orang ramai!
Bersempena hari lahir penyanyi tinggi lampai ini, lihat senarai 9 lagu nyanyian Nana yang menjadi pilihan Gempak!
1. Cinta Hanya Sandaran
2. Bukan Mengungkit Tapi Membangkit
3. Memori Berkasih (duet bersama Achik Spin)
4. Bakawali (duet bersama Syura)
5. Paling Comel (duet bersama Achik Spin)
6. Terus Mencintai
7. Nisan Cinta (duet bersama Jaclyn Victor)
8. Sebenarnya (duet bersama Alif Satar)
9. Hatiku Milikmu
#Penyanyi #Siti Nordiana #Penyanyi