Hiburan

“Happy Birthday Soulmate” – Sweetnya Ucapan Ulang Tahun Kelahiran Aazief Khalid Daripada Sharifah Rose!

gempak
Azwa Rahman
22/01/2020
10:32 MYT
Sponsor Banner
“Happy Birthday Soulmate” – Sweetnya Ucapan Ulang Tahun Kelahiran Aazief Khalid Daripada Sharifah Rose!
Personaliti sosial media Sharifah Rose meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi ucapan manis bersempena ulang tahun kelahiran ke-22 kekasihnya yang juga anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid.
Menerusi laman sosial Instagram, Sharifah memuat naik momen-momen indah mereka bersama menerusi rangkuman video untuk tatapan umum.
“Happy birthday soulmate! You’re real, vulnerable, smart and full of joy. Saya rasa selamat bila bersama awak. Terima kasih memilih saya menjadi sebahagian daripada kehidupan awak.
“Saya suka macam mana saya jatuh cinta pda diri saya sendiri seperti mana saya cintakan awak. Awak layak dapat segala yang terbaik di dunia ni,” tulis Sharifah sebagai kapsyen.
Pasangan yang baru mengenali hati budi sekitar Ogos tahun lalu dan telah mengesahkan hubungan mereka pada September 2019 apabila masing-masing mula memuat naik foto bersama di laman sosial.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya sebak melihat rangkuman momen indah mereka.
Malah, Aazief turut meninggalkan komen yang manis buat kekasihnya.
“Baru nak merajuk tapi tak jadi. Terima kasih untuk semua masa yang awak berikan untuk saya mencari ketenangan, sayang,” tulis Aazief.
Perkongsian Sharifah itu sehingga kini telah menerima hampir 300,000 tontonan oleh pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live