Penyanyi rap terkenal Joe Flizzow memilih pulau popular Langkawi sebagai destinasi bulan madu bersama isterinya Marini Ramlan.

Menerusi laman sosial Instagram, pasangan secocok itu memuat naik IG story suasana percutian mereka untuk tatapan umum.

Joe turut dilihat memuat naik sekeping foto sedang menikmati kebiruan laut Langkawi beserta keindahan alam semula jadinya.

Where we go one, we go all. #17

A post shared by Joe Flizzow (@flizzow) on


Malah, Joe sempat menyatakan keinginannya untuk membeli sebuah tanah di Langkawi selepas tertarik dengan keindahan pulau Mahsuri itu.

Memilih resort The Andaman sebagai lokasi penginapan, Joe dan Nini dilihat menikmati pelbagai aktiviti bersama seperti sukan air dan bersantai di tepi kolam renang.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan ucapan selamat berbulan madu kepada pasangan ini.



Selain ucapan selamat, ada yang turut memuji Joe memilih lokasi percutian dalam negara sebagai destinasi romantik mereka.

“Terbaik, sokong pelancongan tempatan,” puji seorang wargamaya.

“Happy honeymoon G!” tulis seorang wargamaya.

“Lawa view dia, mantap,” kata seorang wargamayaz.

“Kepala botak cantik berseri,” usik seorang wargamaya lagi.

Imbas kembali, Joe dan Marini mendirikan rumah tangga pada 26 Jun yang lalu dalam sebuah majlis ringkas di Kuala Lumpur.

Berkenalan sejak 15 tahun lalu, Joe dan Marini mula menjalin hubungan serius mulai 2016. Pasangan ini bertunang pada Disember lalu.