Memang tidak dapat dinafikan bahawa air adalah sumber utama dalam kehidupan kita! Kalau terputus bekalan air bersih selama satu jam pun kita sudah resah, inikan pula mereka yang kurang bernasib baik yang berada jauh di pedalaman.

Sesungguhnya tidak semua antara kita yang bernasib baik untuk memperoleh bekalan air bersih setiap hari.

Atas keprihatinan terhadap kepentingan air sebagai keperluan utama, Coway Malaysia menerusi tanggungjawab sosial korporat “Happy Water Project” telah berjaya membantu 395 keluarga daripada 268 kediaman di 21 kampung seluruh Malaysia sejak dilancarkan pada 2017.

Selain menyediakan air bersih, Coway Malaysia turut mendidik masyarakat setempat tentang kepentingan penjagaan kebersihan tangan dan oral selain diet seimbang.

Coway Malaysia juga bertanggungjawab untuk memantau komuniti tersebut sepanjang tempoh enam bulan.

Pemantauan itu dibuat daripada aspek pemeriksaan kualiti air, latihan penjagaan kebersihan diri, pengagihan air bersih dan pemeriksaan berkala.



Menurut kata Pengarah Urusan Woongjin Coway (Malaysia) Sdn. Bhd., Kyle Choi Ki Ryong, tanggungjawab Coway dan misi mereka adalah memastikan tiada siapa pun yang diabaikan hak mutlak seseorang manusia, iaitu air yang bersih.

"Mengembara dalam jarak yang jauh telah menjadi kebiasaan penduduk setempat untuk mencari air bersih.

"Tambah-tambah golongan wanita yang perlu menjaga anak-anak namun pada masa sama perlu mencari air bersih untuk keperluan keluarga," katanya.

Jadi, Coway Malaysia telah membina sumber air bersih dengan menggali kolam berhampiran penempatan mereka dan menyediakan pam yang dijanakan daripada sumber solar untuk membekalkan air ke tangki air sebelum disalurkan ke rumah masing-masing.

Tambah Kyle Choi, Coway Malaysia menyasarkan untuk menyediakan air bersih kepada 1,000 keluarga dalam tempoh lima tahun.

Dengan gelaran “The Water Specialist™”, Syarikat Coway menjadi peneraju utama dan dikenali sebagai Jenama Penulen Air Nombor 1 pilihan rakyat Malaysia dan Korea.

Melalui pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang diterima daripada banyak pihak, Coway telah merupakan jenama yang diyakini ramai.