#HappySHMPDay! - Peminat Sambut Ulang Tahun Pertama Suri Hati Mr. Pilot

Amri Hassan
Oktober 11, 2017 13:00 MYT
Drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot (SHMP) nyata memberikan impak besar dalam kehidupan peminat drama tempatan.
Karya arahan Michael Ang dan Hadith Omar yang mula bersiaran pada 10 Oktober 2016 itu berjaya mengumpul penggemar tersendiri serta peminat setia daripada pelbagai lapisan umur.
Impak gandingan Fattah Amin bersama Neelofa masih dirasakan dan peminat juga menyambut ulang tahun pertama drama tersebut bersiaran di laman sosial semalam.
Menerusi pemerhatian di laman Instagram, peminat setia drama ini menggunakan hashtag #HappySHMPDay untuk memuat naik kenangan mereka mengenai karya ini.
Menerusi carian yang dilakukan oleh Astro Gempak, terdapat hampir 1,300 entri Instagram yang menggunakan hashtag #HappySHMPDay.
Pelakon Alvin Chong juga turut memuat naik sebuah foto untuk mengenang ulang tahun drama bersiri SHMP.
Alvin memuat naik foto pertama yang dirakamkan bersama Fattah. Menerusi drama berkenaan, Alvin membawa watak sebagai Johan, rakan baik kepada Ejaz lakonan Fattah.
Siapa sangka, bermula daripada drama bersiri ini, Alvin dan Fattah masih bersahabat baik sehingga kini.
Gelagat sebenar Alvin dan Fattah juga kini dapat disaksikan dalam musim terbaru program realiti The House!
Jangan lupa untuk menyaksikan gelagat lucu dan mencuit hati mereka dalam The House!
Kenali Fattah dan Alvin dengan lebih lanjut dan ikuti perjalan persahabatan mereka dalam musim terbaru program realiti ini.
Tonton episod penuh The House yang ditayangkan secara eksklusif menerusi www.thehouse.com.my atau portal Astro Gempak!
Anda juga boleh menikmati The House menerusi aplikasi Gempak. Muat turun aplikasi tersebut sekarang di Apps Store serta Play Store.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#Fattah Amin #Alvin Chong #The House 4