Hapuskan MP3, Bayaran YouTube Pada Artis Lebih Bagus
Elrafaei Sapi
19/12/2018 11:07 MYT
19/12/2018 11:07 MYT
Suatu ketika muzik yang dimuat turun secara digital dalam bentuk MP3 cukup popular sehingga ia menimbulkan kebimbangan pada artis.
Apa yang menjadi isu pada artis adalah mengenai hak cipta lagu tersebut apabila pendengar dengan mudah memuat turun dari Internet secara percuma.
Anggota kumpulan O Two, Anep berpandangan lagu dalam versi MP3 perlu dimusnahkan sebagai usaha membantu pendapatan artis itu sendiri.
"Sudah sampai masa semua pemuzik atau artis harus lupuskan audio atau MP3 dan hanya keluarkan dalam bentuk video atau music video kemudian terus 'copyright' kan produk tersebut supaya royalti anda dibayar oleh YouTube," katanya menerusi status di Facebooknya, hari ini.
Anep yang bermain dram percaya dengan tindakan sedemikian akan memberi kesan pada stesen penyiar untuk membayar kepada artis.
"Apabila tiada lagi audio atau mp3 dan dijaga hak cipta, setiap TV atau radio nak putarkan lagu harus membayar secara terus menerus kepada pengkarya seperti iklan," katanya.
Sebagai penyanyi dan pemuzik yang hanya bergantung pada lagu, Anep juga menyatakan royalti yang dibayar YouTube lebih bagus dan banyak berbanding Badan Pelindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP).
"Lagu anda tidak akan diputarkan secara percuma lagi. Kalau tunggu MACP pun adakah lagu anda diputarkan atau anda hanya dipergunakan?.
"YouTube sebenarnya bukan untuk benda viral sahaja tapi untuk kita pamerkan karya kita. Viral itu kreativiti kita dan cara kita untuk viralkan.
"Kita boleh gunakan platform YouTube ini untuk memastikan karya-karya kita selamat dan tidak hanya sekadar memberi ruang orang lain mengunakan karya kita secara percuma atau kita digunakan oleh pihak tertentu dan tak perlu kita terhegeh hegeh untuk dapatkan perhatian pihak tertentu hingga kita dilayan seperti sampah," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: axerosolutions.com