Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Haqiem Rusli 2 Minggu ‘Kurungkan’ Diri Di Rumah, Keluar Hanya…

Syafiqah Jalal
24/02/2022 11:49 MYT
Penyanyi Haqiem Rusli memberitahu buat masa ini dia hanya ‘berkurung’ di rumah demi mengelak dijangkiti wabak Covid-19 sebelum malam kemuncak AJL 36 pada 6 Mac ini.

Kata Haqiem, 23, ia salah satu usahanya untuk melindungi diri supaya dapat beraksi di pentas akhir itu nanti tanpa sebarang masalah.

"Sekarang ini, saya hanya duduk di rumah dalam tempoh dua minggu. Bukan apa, saya bimbang jika terkena jangkitan, jadi sukar buat persembahan di pentas AJL 36.

"Kalau tidak pun, saya hanya akan keluar jika ada kerja penting, namun mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

"Ia usaha saya mahu elak jangkitan apabila tarikh AJL 36 semakin hampir. Sekarang angka jangkitan pun kian memuncak dan ramai rakan artis disahkan positif.

“Saya tak mahu susahkan ramai pihak jadi saya kena lebih berhati-hati apabila bertemu orang," katanya kepada Gempak.

Menurut Haqiem, dia lebih banyak meluangkan masa untuk bersukan untuk melengkapkan lagi persiapannya di AJL 36.

"Buat masa ini saya lebih selesa duduk di rumah dan menjaga stamina dengan bersukan, berenang, berlari serta menjalankan latihan vokal," katanya lagi.

Haqiem yang bakal bertanding untuk lagu Mimpu memberitahu akui ada menaruh harapan untuk tetapi tidak terlalu berharap.

"Sebenarnya, jauh di sudut hati, saya mahukan kemenangan.Namun, jika tak menang pun tidak mengapa, asalkan melangkah ke pentas AJL 36 sudah cukup bersyukur,” ujarnya.
#Haqiem Rusli #AJL #Rumah #COVID-19 #Kurung #AJL36
;