Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Haqiem Rusli Boleh Dengar 20% Sahaja Sebab Gegendang Telinga Kiri Luka - “Punca Dia Sebab…”

Izwan Isa
29/10/2023 04:50 MYT
Penyanyi Haqiem Rusli mendedahkan yang dia mengalami masalah pendengaran buat masa ini akibat luka pada gegendang telinga sebelah kiri.

Haqiem menerusi hantaran di Instagram Story berkata, luka yang dialami pada gegendang berpunca daripada air yang memasuki telinga.



“Sudah dua hari gegendang telinga belah kiri saya luka. Punca dia sebab air masuk telinga.

“Memang 20 peratus sahaja dengar, sebelah kanan 100 peratus okey,” katanya.

BERITA TRENDING: “Saya Tak Pernah Kecam Orang Tapi Ini Memang Bodoh” - Haqiem Rusli

Haqiem turut memberitahu yang dia hanya akan mengenakan sebelah sahaja ear monitor apabila membuat persembahan di sebuah program hiburan malam ini.

Selain itu, dia turut meminta pengguna media sosial untuk memberitahu kepadanya jika ada ubat-ubatan yang boleh memulihkan masalahnya itu.

BERITA TRENDING: Individu Bangangkan Haqiem Rusli & Isteri ‘Dibantai’ Netizen: “Tak Suka Boleh Keluar”​


#Haqiem Rusli #Gegendang Telinga
;