Laman Utama
Haqiem Rusli, Isteri Rai 8 Pasangan Pengantin Hasnuri - "Simbolik Angka 8, Mereka Kahwin Ketika PKP"
Penyanyi Haqiem Rusli dan isteri, Anis Sofea tampil meraikan lapan pasangan pengantin yang telah selamat diijabkabulkan ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan tahun lalu.
Menariknya, kelapan-lapan pasangan itu menerima tajaan baju pengantin eksklusif Hasnuri dalam majlis Mahligai Cinta Hasnuri. Turut diraikan, ulangtahun kelapan jenama pakaian itu.
"Lapan pasangan pengantin bersama 'bridesmaid' turut menerima tajaan baju pengantin eksklusif tajaan kami. Majlis gilang-gemilang itu turut dimeriahkan dengan kehadiran 'top dropship' seluruh Malaysia dan keluarga staf.
"Tak dilupakan majlis diserikan dengan artis jemputan, Haqiem Rusli dan isterinya, Anis Sofea. Lapan pasangan pengantin diraikan juga memberi simbolik angka lapan tahun penubuhan jenama kami. Malah mereka berkahwin ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sebelum ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Hasnuri, Mohd Hasbullah Awang@Hassan.
Hasnuri merupakan jenama yang menjual rangkaian pakaian serta keperluan harian termasuk baju kurung, baju Melayu, Kurta, pakaian kanak-kanak, tudung, telekung, baju kurung dan kerongsang. Ia ditubuhkan oleh Has (Hasbullah Awang) dan Nuri (Nuriah Zakaria) sejak 2014.
"Kami percaya setiap apa yang kita beli atau guna itu memberi nilai sentimental. Begitu juga cara kami menjalankan perniagaan dengan menyemarakkan rasa cinta.
"Macam anda melihat seseorang memakai kereta mewah dilihat hebat dan berkarisma. Begitu juga saat memakai jenama kami, timbul rasa kecintaan.
"Koleksi raya tahun ini kami mengenakan tema warna sedondon. Kalau belikan untuk ibu bapa atau seisi keluarga baju raya sedondon, seperti mengalir cinta dan kasih sayang kita kepada mereka," kata Nuri.
Tambah Nuri, bulan Mac bukan sahaja meraikan ulangtahun perkahwinannya bersama suami bahkan syarikat yang diusahakan mereka bersama-sama.
"Malah, butik pertama kami juga dibuka pada bulan Mac 2014. Saya dan suami juga mengimbangi hidup dengan menitik beratkan hal kerohanian seperti membaca Al-Quran dan solat berjemaah sesama pasukan kerja.
"Kami juga mengagihkan zakat kepada 24 buah sekolah di Pasir Gudang dan juga Kota Tinggi. Kerja pasukan kami juga dibina atas sikap percaya sesama sendiri. Kami berniaga bukan sekadar nak kaya sendirian, tapi nak pastikan kaki tangan dan dropship juga beroleh rezeki banyak.
"Seterusnya dapat membina keluarga dan membantu sesama mereka dengan berkongsi rezeki atau gaji setimpal. Apa kami tekankan jangan lupa tanggungjawab sebagai orang Islam dan berbakti kepada ibu bapa," kata Nuri.
Baju kurung pasang siap
Sementara itu, Has berkata pengeluaran utama mereka lebih tertumpu kepada baju kurung. Tahun lalu, mereka berjaya menjual lebih satu juta pasang baju kurung pasang siap.
"Kami tawarkan pakaian sedondon bagi merealisasikan budaya kerja dalam pasukan di pejabat dan sedondon bagi keluarga inginkan kebahagian dan kasih sayang dalam keluarga mereka. Boleh rujuk di pautan berikut https://hasnuri.my.
"Tahun ini, dengan raya bakal tiba, kami mahu sasarkan jualan lebih 2 juta pasang pakaian. Kami juga ada tiga cawangan baharu di Kota Tinggi, Paradigm Mall Johor Bahru dan Kota Bahru, Kelantan.
"Hingga kini, kami ada 60,000 'dropship' di seluruh negeri. Kami nak lahirkan 1,000 jutawan sebelum 2030. Kami juga mengalu-alukan anak muda dari usia 18 tahun ke atas untuk bekerja di Hasnuri," kata Has.
Must-Watch Video