Penyanyi Haqiem Rusli didakwa bercinta dengan kekasih kepada seorang kelab peminatnya Qiemilio.

Haqiem bagaimanapun memberikan respon bersahaja apabila ditanya mengenai hal itu.

Malah ketika ditanya mengenai hal tersebut, Haqiem sempat berjenaka dengan menyebut “teh o ais”.

Pun begitu, ia hanya perangkap untuk segmen ‘Prank-UP’ di Era yang dikendalikan oleh penyampai radio Danial.

“Prank-UP EP 2: Haqiem Rusli Sailang Awek Orang?

“Kelakarlah Haqiem ni, tiba-tiba je tanya teh o ais. Tapi paling penting Haqiem ni level sabar dia jenis beriman,” katanya.

Ia dikongsi sendiri menerusi akaun Instagram rasmi Era.

Menerusi entri tersebut, mereka memuat naik rakaman video ketika menelefon Haqiem untuk memerangkapnya.

Lucu apabila Haqiem pada mulanya meletakkan telefon sebelum Danial terpaka memanggilnya kembali menggunakan khidmat pembantu peribadinya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terhibur dengan rakaman video tersebut.

Kelakarlah Haqiem @haqiemrusli98_ ni, tiba-tiba je tanya teh o ais. Tapi paling penting Haqiem ni level sabar dia jenis beriman. ? #sharERA #prankup

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on