Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Haqiem Sudah Minta Maaf Secara Peribadi, Tapi..." - Asfan Shah

Rozaimi Zubaidi
12/06/2018 01:34 MYT
Penyanyi Asfan Shah mengakui salah faham yang terjadi diantaranya dengan Haqiem Rusli sudah pun selesai.

Menurut Asfan, dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut dan mengambil pendakatan untuk memaafkan Haqiem selepas penyanyi itu tampil memohon maaf kepadanya.

"Sejujurnya apa yang terjadi itu cuma salah faham dan tiada isu besar pun.

"Haqiem pun sudah minta maaf secara peribadi dengan menelefon saya dan kami sudah berbaik.

"Jadi kalau boleh saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini kerana apa yang terjadi adalah sudah diselesaikan dengan baik.

"Tapi bagi saya, apa yang menjadi isu sekarang adalah netizen kerana mereka lebih suka memanjangkan cerita ini sedangkan masalah antara kami telah selesai dengan baik," katanya kepada Astro Gempak.

Asfan berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Rusa Music & MVM Production di Hotel Royal, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Terdahulu, Asfan meluahkan rasa kurang senangnya apabila Haqiem dikatakan menuduh Asfan menciplak lagu ciptaannya dan pandangannya itu telah disalah ertikan oleh beberapa pihak.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram
#Penyanyi #Asfan Shah #Penyanyi #Haqiem Rusli
;