Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) memberi peringatan untuk orang ramai agar tidak menggunakan air sirap untuk membasuh tangan ketika kenduri.

Menerusi entri yang dimuat naik di TikTok, UAI menerangkan bahawa perbuatan tersebut haram di sisi agama kerana air berkenaan disediakan oleh tuan rumah untuk diminum.

“Kalau pergi kenduri, jangan basuh tangan dengan air sirap. Haram.

“Air tu disediakan tuan rumah untuk diminum. Situ haram. Kena jaga, jangan buat lebih kurang,” katanya.

@abdmanbindin Air Basuh Tangan Kenduri #dakwah #ceramah #ustazazharidrus #kenduri ♬ original sound - AbdulRahman

Perkara itu meraih perhatian netizen di mana rata-ratanya mengucapkan terima kasih dengan perkongsian yang dibuat.

“Allahuakbar, terima kasih perkongsian ilmu,”

“Aku pun buat benda ni, terima kasih dapat satu ilmu,”

“Terima kasih atas perkongsian. Saya pun pernah lakukan. Tak buat lagi dah.”

Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu mendapat lebih 100,000 tontonan dan 6,000 tanda suka.

Sumber: TikTok