Laman Utama

“Harap Ada Sinar Menanti” - Konsert Aina Abdul Masih Berstatus Self Funded? Ini Sebabnya!

gempak
Hanafis Haris
25/05/2022
11:19 MYT
Sponsor Banner
“Harap Ada Sinar Menanti” - Konsert Aina Abdul Masih Berstatus Self Funded? Ini Sebabnya!

Tanggal 25 Mei 2022 menandakan genap sebulan tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 Live at Istana Budaya (ANWAA) dilancarkan.

Bakal berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini, Aina Abdul walau bagaimanapun tetap bersyukur apabila jualan tiket ANWAA menerima sambutan positif dan sudah dijual lebih 85 peratus.

Merealisasikan konsert sendiri bersama Aina Abdul Entertainment (AAE), penyanyi ini berazam untuk memberikan yang terbaik demi semua peminat yang menyokong.

“Alhamdulillah, setakat ini jualan tiket memberangsangkan dan masih berjalan.

“Biarpun tanpa sebarang tajaan kerana kami masih lagi dalam proses mencari penaja yang berminat, semuanya dipermudahkan.

“Andai kata tiada penaja, semuanya bakal dilakukan sendiri oleh saya dan AAE. Saya berharap ada sinar yang menanti.

Dalam masa yang sama, saya berterima kasih kepada semua peminat yang memahami situasi yang bergerak sendiri dalam merealisasikan ANWAA,” katanya.

Menampilkan figura terkenal, Mac Chew sebagai pengarah muzik dan dibantu oleh penerbit terkemuka, Jenny Chin untuk mengemudi ANWAA, Aina menjanjikan kelainan yang berbeza.

“Semua aspek saya ambil kira. Jika mereka mengenali seorang Aina Abdul, mereka pasti tahu saya sangat cerewet dan sentiasa mahu memberikan yang terbaik.

“Mengenai harga tiket, saya faham dengan kekangan yang ada dan bersyukur kerana peminat memahami.

“Semuanya telah ditetapkan mengikut kesesuaian, seperti contoh melihatkan kepada kapasiti penonton dalam.

“Panggung Sari nanti, hanya 70 peratus sahaja dibenarkan dan setakat ini, ANWAA masih berstatus ‘self funded’ kerana kami masih mencari penaja.

“Tapi ia tak menghalang kami untuk memberikan yang terbaik dari segi pemuzik dan sebagainya. Line-up musician (string, horn section, band) semuanya dalam kalangan profesional.

“Sistem audio, LED, penataan pentas, kawalan keselamatan, ‘glam team’ saya (pereka busana, penata gaya, penata hijab, solekan) dan pelbagai lagi, semua yang terbaik dirancang untuk ANWAA.

“Biarpun melakukannya sendiri setakat ini dengan bantuan team AAE, saya tak mahu ia menjadi alasan untuk saya buat asal boleh. Saya nak memberikan yang terbaik, setaraf dengan pentas berprestij di Istana Budaya.

“Saya tak mahu sekadar melepas batuk di tangga, jadi persiapan yang dilakukan haruslah rapi, lebih-lebih lagi ini merupakan persembahan solo pertama saya di Istana Budaya,” katanya.

Bagi mana-mana pihak korporat dan syarikat yang mahu membeli tiket ANWAA dalam kuantiti yang banyak, hubungi Azrul di talian 017-3006531 untuk harga istimewa.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live