Ahli kumpulan nasyid UNIC, Najdi membuat pengumuman mengejut sekali lagi apabila mengumumkan pengunduran dirinya sebagai salah seorang anggota kumpulan UNIC.

Menurut Najdi, keputusan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibuat, sebaliknya ia diputuskan selepas memikirkan dan mempertimbangkan segala aspek.

"Mungkin ada yang merasakan tindakan ini adalah mengikut perasaan dan tidak matang, namun siapalah saya nak menghalang anda dari komen tentang hidup saya.

"Tetapi ini tentang keputusan hidup saya dan kebahagiaan saya. Perkara ini bukanlah difikirkan dalam tempoh tiga bulan ini, tetapi sebelum dari itu lagi. Semoga anda terus memberikan sokongan terhadap karier saya dan juga kumpulan UNIC.

"Sudah tiba masanya saya membuat keputusan yang sudah lama bermain dalam fikiran saya, saya harap anda semua menghormati keputusan saya, saya dengan ini mengundur diri daripada menjadi ahli UNIC," tulisnya menerusi satu entri di Instagram.

Permohonan maaf kerana mengambil masa anda yang banyak dan banyak menimbulkan tanda tanya yang tiada berkesudahan, hal ini kerana keputusan ini sangat sukar saya lakukan, namun life must go on. Masuk bulan 9 ini sudah 4 tahun saya bersama dengan UNIC dan banyak melakar kejayaan mahupun kenangan yg manis walaupun banyak berdepan dengan cabaran getir. Antara kenangan yang tak dapat saya lupakan Gemagegarvaganza, fenomena ainul mardhiah, Perform di new year eve klcc, performer sabyan live in kl, performer anugerah meletop era, konsert ainul mardhiah, ABPBH Finalist, dan lain lain lagi. Pandemik Covid-19 sudah tentu sangat memberi kesan kepada industri hiburan khususnya nasyid. Saya sangat merindui detik memegang microfon menghiburkan anda dengan punchline and showmanship, namun ia mungkin mengambil masa yang lama untuk pulih, jadi saya terpaksa membuat keputusan demi isteri saya yang tercinta, serta tiga cahayamata saya yang indah yang banyak membahagiakan saya sepanjang tiga bulan ini. Saya yakin UNIC mempunyai peminat lama dan baru yang sangat menghargai UNIC, mungkin kehadiran saya mengguris peminat lama, namun begitu survival UNIC perlu diteruskan demi keperluan peminat baru yang sangat dahagakan muzik rohani. Dengan itu saya juga memohon maaf kepada yang terguris dengan saya secara sedar atau pun tidak. Tidak dilupakan juga seribu penghargaan @familiunic yang byk menyokong UNIC. Mungkin ada yang merasakan tindakan ini adalah mengikut perasaan dan tidak matang, namun siapalah saya nak menghalang anda dari komen tentang hidup saya. Tetapi ini tentang keputusan hidup saya dan kebahagiaan saya. Perkara ini bukanlah difikirkan dalam tempoh tiga bulan ini, tetapi sebelum dari itu lagi. Semoga anda terus memberikan sokongan terhadap Karier saya dan juga kumpulan UNIC. Sudah tiba masanya saya membuat keputusan yang sudah lama bermain dalam fikiran saya, saya harap anda semua menghormati keputusan saya, saya dengan ini mengundur diri dari menjadi ahli UNIC.. assalamualaikum...

A post shared by Wan Najdi (@wannajdi) on


Sebelum ini, Najdi pernah mengejutkan industri hiburan apabila pernah menarik diri sebagai anggota UNIC pada 2018.

BACA: Najdi Tarik Diri Dari UNIC, Fakhrul Cari Penyelesaian

Katanya lagi, keputusan itu dibuat demi kepentingan keluarga.

"Pandemik Covid-19 sudah tentu sangat memberi kesan kepada industri hiburan khususnya nasyid.

"Saya sangat merindui detik memegang mikrofon menghiburkan anda dengan punchline and showmanship, namun ia mungkin mengambil masa yang lama untuk pulih.

"Jadi saya terpaksa membuat keputusan demi isteri saya yang tercinta, serta tiga cahaya mata saya yang indah yang banyak membahagiakan saya sepanjang tiga bulan ini," jelasnya.

Begitupun, kata Najdi, biarpun tanpa kehadirannya selepas ini, dia yakin, UNIC akan terus maju ke hadapan.

"Saya yakin UNIC mempunyai peminat lama dan baru yang sangat menghargai UNIC, mungkin kehadiran saya mengguris peminat lama, namun begitu survival UNIC perlu diteruskan demi keperluan peminat baru yang sangat dahagakan muzik rohani.

Dengan itu saya juga memohon maaf kepada yang terguris dengan saya secara sedar atau pun tidak. Tidak dilupakan juga seribu penghargaan @familiunic yang banyak menyokong UNIC," jelasnya.



Najdi atau nama sebenarnya, Wan Najdi Wan Mohd Noh menyertai UNIC pada 2016 bergandingan bersama Mohd. Fahkrul Radhi Khamarudin (Fakhrul) dan Bazli Hazwan Che Osman (Bazli).

Sejak penubuhan UNIC pada 2002, beberapa anggotanya berubah.

Sebelum ini, Fitri Haris dan Hafiz Hamidun antara bekas anggota yang pernah menyertai UNIC.

Saksikan program yang menampilkan UNIC di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!