Pengacara dan pelawak, Zizan Razak berkongsi foto ketika menziarah penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang mengalami kecederaan akibat jatuh basikal baru-baru ini.

Perkara itu dikongsi Zizan menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

"Alhamdulillah, @uaioriginal semakin sembuh, kemalangan berpunca dari main basikal lajak.

"Harap ustaz cepat sembuh dan dapat ke Sukan Olimpik Tokyo 2020," seloroh Zizan di ruangan kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Zizan mendoakan kesembuhan buat Azhar dan terhibur membaca kapsyen Zizan yang kelakar itu.

Napok sama tapi bukang diaaaa... Alhamdulillah @uaioriginal semakin sembuh. Kemalangan berpunca dari main basikal lajak. Harap ustaz cepat sembuh dan dapat ke sukan olimpik tokyo 2020. #zizanrazak #uai

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


Difahamkan, Azhar mengalami kecederaan apabila basikal yang ditunggangnya berhenti mengejut dan menyebabkan dirinya terpelanting ketika menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu.

Azhar kemudiannya menjalani pembedahan menyambung tulang lengan pada bahagian atas siku di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu dan dibenarkan pulang ke rumah pada 8 November.