Hiburan

“Harap Dapat Membuatkan Anda Bangga” - Kalahkan Korea, Barista Malaysia Irvine Juara Kejohanan Seni Latte Dunia

gempak
Mya Amri
13/11/2019
14:51 MYT
Sponsor Banner
“Harap Dapat Membuatkan Anda Bangga” - Kalahkan Korea, Barista Malaysia Irvine Juara Kejohanan Seni Latte Dunia
Barista dari Malaysia, Irvine Quek Siew Lhek berjaya mengharumkan nama negara dengan memenangi kejohanan seni latte dunia yang berlangsung di Korea Selatan.
Lebih hebat lagi, Irvine juga pernah memenangi Kejohanan Seni Latte Dunia 2018 (WLAC) yang dianjurkan oleh World Coffee Events tahun lalu.
Irvine menerusi kemas kini terbaru diakaun Instagramnya berharap kemenangannya itu boleh dijadikan sumber inspirasi kepada anak muda agar tidak mudah putus asa terhadap bidang yang diminati.
“Terima kasih untuk semua artikel, berita dan siaran mengenai juara dunia seni latte dunia baru-baru ini.
“Saya harap saya dapat membuat anda di Malaysia berasa bangga. Di usia 21 tahun ini, saya menghargai semua yang berlaku dalam hidup saya, menghargai semua orang yang saya temui dan menghargai setiap bimbingan yang diberikan oleh mereka yang berada di sekeliling saya.
“Saya berasa sangat gembira kerana saya tidak berputus asa dengan apa yang saya lakukan tetapi mencuba untuk memperbaiki dengan lebih baik lagi, kejayaan saya bukan untuk diri saya sendiri sebaliknya untuk semua orang yang sentiasa bersama saya.
“Saya harap saya dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang muda seperti saya di seluruh dunia untuk melakukan apa yang mereka suka lakukan,” tulisnya.
Terdahulu, Irvine telah mengalahkan barista dari Korea Selatan, Kim Young Jin selepas mengumpul 73 mata berbanding Kim yang hanya mendapat 63 mata pada pertandingan yang berlangsung minggu lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live